Walaupun
mengharapkan yang terbaik, Kementerian Kesihatan sedang bersedia untuk
berdepan kemungkinan terburuk dalam mendepani Covid-19, kata Ketua
Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Noor Hisham memaklumkan, sejumlah 33 hospital di seluruh negara, termasuk tujuh hospital universiti, telah dipilih untuk merawat pesakit Covid-19.
Menurutnya, secara keseluruhan ada 3,000 katil di wad biasa dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sedia untuk berdepan kemungkinan terburuk.
Katanya lagi, dengan persediaan itu, pihaknya berharap dapat memutuskan rantaian jangkitan dan mengurangkan kes positif.
"Kami telah mengenal pasti 26 hospital, dan tujuh universiti hospital, dan diharapkan mereka mampu mendepaninya dan ada katil untuk pesakit Covid-19, termasuk ICU," katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.
"Kita telah tangguh pembedahan elektif (di hospital), dan merujuk pesakit dari hospital Covid-19 ke hospital yang tidak, dan ada juga dirujuk ke (kemudahan perubatan) swasta.
"Dengan melakukan ini, kita kosongkan katil. Misalnya di Hospital Sungai Buloh, kita berjaya sediakan 1,350 katil," katanya.
Noor Hisham berkata lagi,kementerian turut menggunakan kawasan jururawat di hospital sebagai wad sementara bagi pesakit Covid-19 yang stabil, agar wad biasa dapat digunakan untuk mereka yang perlukan perhatian segera.
Jika lebih banyak katil diperlukan, beliau berkata pihaknya sedia untuk menjadikan institut latihannya sebagai wad hospital.
"Kita tak boleh bina hospital dalam masa sepuluh hari, tapi kita boleh tukarkan institut latihan kepada wad," katanya.
Dalam aspek tenaga kerja, Noor Hisham berkata sejumlah kakitangan dipindahkan ke hospital yang memerlukan lebih kakitangan untuk mengendalikan kes Covid-19, misalnya Hospital Sungai Buloh.
Kementerian juga dalam proses merekrut doktor dan jururawat yang telah bersara untuk kembali berkhidmat sepanjang tempoh ini, katanya lagi.
'Jangan sampai tahap perlu pilih siapa boleh guna peralatan'
Noor Hisham berkata, mereka berharap dapat mengelakkan peningkatan jumlah kes, yang boleh membawa kepada kebanjiran kes di hospital.
Jika sampai tahap itu, katanya, tidak mustahil jika doktor perlu memilih pesakit yang perlu diutamakan dalam soal peralatan perubatan.
"Hari ini, ada 64 pesakit dalam ICU, dengan 27 daripadanya menerima sokongan ventilator. Jika kita rawat mereka dengan baik, mereka boleh pulih pada masanya.
"Kebimbangan adalah jika ada peningkatan (kes), maka kita perlu pilih pesakit mana (untuk gunakan ventilator). Kami harap tak akan sampai ke tahap itu."
Sementara itu, beliau berkata kementerian sedang meningkatkan kapasiti makmalnya.
Mereka menjangka akan dapat melakukan 16,000 ujian sehari kira-kira dalam masa dua minggu lagi.
Dengan kapasiti itu, katanya, mereka berharap dapat mengesan lebih banyak kes positif dan asingkan pesakit secepat mungkin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.