Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pelik bila ada orang Melayu sanggup subahat tentang jawi
GARA-gara
jawi, hubungan kaum Melayu-Cina makin bermasalah. Gara-gara jawi ini
juga tidak pasal-pasal seorang dua Melayu ultra kiasu ini boleh jadi
murtad
Saya tak
tahu nak kata apa dah. Benda kecil, tiga muka surat jawi semakin
memisahkan dan menjarakkan kita terutama antara kaum Melayu dengan Cina.
Tiga muka surat jawi dijadikan isu Islamisasi.
Selama ini
kita belajar menggunakan huruf roman, boleh juga dikaitkan Kristian,
tidak pula kita menjadi Kristian. Anak saya dan Melayu yang lain belajar
bahasa Cina di SJKC, tidak pula mereka menjadi Buddha, Toism atau
Konfusius.
Tiba-tiba
bila kerajaan mengambil keputusan untuk belajar dan mengajar jawi
sebanyak tiga muka di SJKC ditentang habis-habisan, seolah-olah kerajaan
tidak tahu apa yang dibuat.
Tidak pula
ada Melayu atau orang Islam bangun membantah proses pencinaan di SJKC.
Tiba-tiba tiga muka surat jawi menjadi isu macam nak kiamat.
Apa yang
puak-puak komunis ini takut sangat dengan jawi tiga muka. Lebih
menghairankan, Melayu-Melayu yang bersubahat dengan komunis ini pun
turut terikut sama menentang jawi.
Keadaan
negara semakin gawat, hubungan kaum Melayu-Cina semakin renggang. Sudah
tentu kempen Buy Muslim First (BMF) akan semakin rancak disebabkan oleh
sikap komunis ini yang tidak sedar diuntung. Begitu juga dengan Melayu
yang menjadi tali barut.
Mereka bangkitkan, jika Melayu boleh berhimpun demi Melayu sehingga dihadiri Perdana Menteri, kenapa Cina tidak boleh berhimpun?
Geleng
kepala saya. Salahkah Melayu berhimpunan di negara asal usul Melayu? Ini
negara asal-usul Melayu, tidak salah mereka mahu berhimpun. Begitu Cina
di negara China mahu berhimpun. India berhimpun di negara India.
Lagi pun,
setiap hari Cina berhimpun dalam institusi pendidikan Cina, Sekolah
Cina, Kolej Universiti Cina, NGO-NGO Cina, Dewan Perniagaan Cina,
menggunakan bahasa Cina di bumi Melayu, tidak puaskah lagi.
Melayu
berhimpun disebabkan hak mereka terancam. Tetapi hak Cina, tidak pernah
terancam, sekolah Cina makin bertambah, begitu juga dengan NGO-NGO dan
media-media Cina. Ekonomi dikuasai Cina lebih 70 peratus. Apakah semua
ini tidak cukup? Cuba selidik, ada apa dengan Melayu?
Wahai
Cina-Cina ultra kiasu, cuba kamu selidiki, dan bandingkan, Cina mana di
negara-negara di dunia yang sangat beruntung kalau bukan Cina Malaysia?
Pergilah
ke China, Thailand, Vietnam, Korea dan lain-lain negara dunia, semua
tulisan bahasa mereka didaulatkan, termasuk nombor kenderaan. Negara
kita roman semua, habis jawi hilang.
Amat bodoh
dan bangang apabila ada ‘orang Melayu’ dengan identiti rambut kuning
berkata, tulisan jawi tidak ada bezanya dengan penulisan Sanskrit atau
Latin yang telah pupus dari segi penggunaan, pengetahuan dan pendidikan.
Ini
manusia atau haiwan? Teringat dialog P Ramlee dengan Nyonya Mansor,
“Tidakkah lebih baik kau dilahirkan sebagai seekor haiwan”.
Tulisan
jawi berkaitan rapat dengan al-Quran. Jawi mencerminkan bangsa Melayu.
Bangsa Melayu dulu dikenali sebagai bangsa jawi. Tanah ini adalah tanah
jawi.
Maksud
tersirat dan tersurat jawi, adalah untuk mengenali tulisan dan budaya
majoriti Melayu dengan lebih dekat. Kamu yang bersuara tahu ke tidak
tulis dan baca jawi? Al-Quran boleh baca atau pernah baca tak ? Jika
tidak mari mualaf ini ajarkan. Istighfar banyak-banyak.
Bila kamu
kata tulisan jawi ini tidak akan wujud sekiranya ia tidak dicipta dan
dipaksa masuk ke dalam kurikulum pendidikan nasional oleh elemen-elemen
politik dan birokrasi yang mempergunakan sentimen agama atau
etnosentrisme Melayu untuk kepentingan tersendiri dan mengaut simpati
politik.
Allahurabbi,
saya ni memeluk Islam. Belajar jawi umur 7 tahun. Dengan kenal jawilah
saya boleh baca Quran dengan lebih mudah. Tapi, saya memeluk Islam
kerana hidayah bukan kerana belajar jawi.
Dengan
jawi jugalah saya dapat menambah satu lagi kata kosa tulisan orang
Melayu. Dengan khat tulisan jawi ini, saya dapat memahami jiwa Melayu
dengan lebih baik.
Kamu ini
terlalu jahil dalam memperkatakan soal jawi. Sebab itulah kamu jadi
macam ini. Apa juga agenda berkaitan Islam kamu akan tentang. Bila mati
nanti, siapa agaknya nak uruskan kubur kamu yer si rambut kuning
Kamu kata tulisan jawi bukan isu Bahasa Malaysia atau isu yang berkaitan langsung dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan.
Bodoh
sungguh peguam ini. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan ada kaitan dengan
jawi di rambut kuning. Kenapa kamu ni jahil sangat. Rasanya perlu masuk
pusat pemulihan akidah di Klawang, Negeri Sembilan. Murakab sangat.
Kamu kata
kualiti dan standard Pendidikan Kebangsaan Malaysia telah menurun dengan
drastik setelah 30 tahun akibat kesan mempolitikkan pendidikan oleh
pihak politik yang berkuasa ke atas sistem pendidikan kebangsaan.
Kamu tak
baca ker berita anak Terengganu yang disindir oleh artis pelakon cerita
pontianak, tidak tahu bahasa Inggeris, anak ini umur 15 tahun diterima
sebagai pelajar PhD di German. Kamu pun belum tentu diterima untuk
melanjutkan pelajaran, apatah lagi pergi ke German seperti budak 15
tahun ini.
https://www.sinarharian.com.my/article/63707/EDISI/Terengganu/Pelajar-pintar-Terengganu-buat-kajian-PhD-di-universiti-Jerman.
Baca link ini supaya tidak nampak bodoh. Saya yakin pelajar ini tahu tulis dan baca jawi.
Kamu kata
keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018 daripada
Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), menunjukkan
kualiti pembelajaran pendidikan Malaysia jatuh jauh di bawah peringkat
purata antarabangsa dari segi pembacaan, matematik dan sains.
Itu kata
satu organisasi, jika pun benar. Bagaimana dengan organisasi lain.
Lagipun kita tidak perlu terikut sangat dengan kajian PISA.
Semua
pelajar kita daripada universiti tempatan diterima belajar di universiti
seluruh dunia. Jika universiti kita ada masalah sudah tentu ramai yang
tidak dapat belajar ke luar negara. Tetapi setakat ini kita tidak ada
langsung menghadapi masalah.
Negara China yang mengamalkan dasar tutup pintu pun, kualiti pendidikan mereka hebat. PISA nak kata apa? Kamu nak kata apa?
Pokoknya,
kita lebih tahu kualiti yang kita ada. Kamu tidak baca pencapaian
anak-anak Malaysia di luar negara hasil pendidikan kebangsaan.
Kenapa kamu langsung tidak pertikaikan sijil UEC yang dikeluarkan oleh NGO komunis ini.
Kamu minta
Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia supaya isu jawi ini di
tutup dengan serta merta. Kamu siapa rambut kuning? Berapa ramai
pengikut kamu? Kamu bukan siapa-siapa. Nak kata berjaya tidak juga.
Mungkin
kamu disanjung oleh ultra kiasu, tetapi kamu sangat minoriti untuk desak
kerajaan. Kamu hanya insan yang meroyan. Justeru, kerajaan tidak perlu
tunduk kepada kumpulan jahil ini. Teruskan agenda membina negara.
Pakar-pakar
dalam Kementerian Pendidikan telah memecah otak dan membuat kajian
sebaik mungkin. Jalankanlah apa yang difikirkan baik untuk masa depan
negara. Asal usul Melayu dan tulisannya perlu diperkenalkan. Jika tidak
dalam pemikiran mereka, Melayu juga pendatang sama seperti mereka.
Mereka yang bising bukan siapa-siapa, pakar pun tidak, apa pun tidak, tiba-tiba nak menjerit seolah-olah mereka pakar.
Saya
sokong sepenuhnya kata Presiden PAS, menjadi satu kewajipan bagi umat
Islam mengisytiharkan jihad terhadap mereka yang menimbulkan kebencian
terhadap bahasa asal Melayu. Pihak yang mengambil langkah benci terhadap
bahasa Melayu berhuruf jawi hari ini dilihat terlampau ekstrem dan
boleh mengundang bencana dan padah yang besar, laksana menjolok sarang
tebuan yang sangat besar bencana dan padahnya. Takbir!!!
*Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah- Pusat Pengajian Teras Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.