Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli
'Derhaka' kepada Agong, harus kena tindakan perundangan tegas
BANGI
– Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
bersetuju supaya pertubuhan radikal, Persatuan-Persatuan Lembaga
Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) diharamkan di negara ini.
Ketua Medianya, Haji Rashidi Haris
berkata demikian, berhubung sikap Dong Zong yang semakin melampau dan
harus dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, persatuan berkenaan bagaikan kiasu sering menimbulkan polemik berbahaya yang boleh mengganggu keamanan negara.
“Sikap derhaka yang melampau ini
melayakkan Dong Zong diharamkan dan ahlinya dikenakan tindakan
undang-undang kerana menderhaka (memberontak) kepada DYMM Yang
di-Pertuan Agong.
“MUAFAKAT menuntut supaya Dong Zong
diharamkan terus, kerana persatuan bagaikan kiasu ini sering kali
menimbulkan polemik yang membahayakan.
“Boleh gugat kestabilan keamanan negara
dengan membuat kacau dan menghuru-harakan negara,” katanya ketika
dihubungi Ismaweb.net hari ini.
Kelmarin, pihak polis telah mengumumkan bahawa perhimpunan bantahan tulisan jawi perlu dibatalkan serta-merta.
Pada masa sama, pihak mahkamah turut membuat keputusan bahawa tulisan jawi boleh digunakan di sekolah-sekolah vernakular.
Mengulas lanjut perkara itu, Haji Rashidi
berkata, provokasi penentangan terhadap tulisan jawi dari persatuan itu
dilihat bagai menyambung agenda besar kerajaan komunis China yang
menindas umat Islam.
Katanya, hari ini China di bawah kerajaan komunis secara terang-terangan menghalang penggunaan tulisan Arab.
“Sama ada rakyat sedar atau tidak
provokasi menentang tulisan jawi dari Dong Zong itu dengan mengadakan
himpunan bantahan dilihat bagai menyumbang agenda komunis China menindas
umat Islam.
“Realiti yang disembunyikan, hari ini,
negara besar China bawah kerajaan komunis secara terang menghalang
pengunaan tulisan Arab (abjad sama dengan jawi).
“Semua label ‘halal’ harus dihapuskan dan tidak dibenarkan lagi terpampang di mana-mana iklan di negaranya,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.