Alasan institusi pendidikan Cina wujud sejak merdeka adalah bodoh
HANYA tiga muka surat
tulisan Jawi sudah cukup untuk menggerakkan kumpulan-kumpulan pendesak
rasis cauvinis Dong Zong untuk menandakan satu perhimpunan perkauman
besar-besaran pada 28 Disember 2019 nanti.
Apa ancaman tiga muka surat tulisan Jawi kepada mereka sebenarnya?
Tidak ada langsung!
Apa yang sebenarnya yang ditakuti oleh
puak ekstremis ini adalah terbongkarnya kepalsuan ‘perjuangan’ mereka,
kesombongan dan keangkuhan untuk berasimilasi dengan masyarakat arus
perdana, keengganan untuk melepaskan hubungan sejarah dan taat setia
kepada negara atau tanah air asal mereka dan juga falsafah kelangsungan
hidup (survival) yang lapuk dan primitif.
Alasan kononnya institusi-institusi
pendidikan Cina telah wujud sejak merdeka adalah sangat bodoh dan
merupakan satu percubaan untuk memperbodohkan orang lain. Dan mereka
akan memperagakan babak-babak ‘penindasan’ dan persepsi ‘dimangsakan’
oleh pihak lain (termasuk pihak pemerintah) sekiranya keadaan menuntut
demikian.
Semua sudah maklum bahawa orang-orang
Cina ini bukan penduduk asal Tanah Melayu. Mereka tidak mempunyai saham
sedikitpun dalam perjuangan sebenar bangsa Melayu untuk memerdekakan
Tanah Melayu dari belenggu penjajahan dan penjajahan empayar British
terhadap wilayah Nusantara.
Mereka terpaksa ‘menzahirkan’ perjuangan
menuntut kemerdekaan pun hanyalah kerana ingin mempertahankan
kepentingan-kepentingan mereka di Tanah Melayu, bukan atas dasar
cintakan tanah air ataupun mempertahankan kedaulatannya.
Mereka dibawa masuk sebagai pendatang
oleh imperialis British untuk membantu mencapai muslihat dan tujuan
British di wilayah-wilayah yang dijajah. Pembanjiran beramai-ramai
orang-orang dari Tanah Besar China juga merupakan satu jalan keluar dan
penyelamat bagi suasana penindasan dan penderitaan yang dialami oleh
puak-puak ini di negara mereka sendiri.
Pun demikian, taat setia mereka masih
kepada Tanah Besar China. Keberadaan mereka di Tanah Melayu dan juga
beberapa negara lain di Asia Tenggara hanyalah bersifat sementara, di
mana apabila keadaan sudah semakin pulih dan kondusif, mereka akan
kembali ke tanah air tempat tumpah darah mereka.
Sementara datangnya tarikh tersebut,
mereka akan tinggal di Tanah Melayu sebagai ‘transit sementara’ sahaja.
Justeru itu, apa sahaja unsur-unsur budaya, bahasa, adat resam,
pendidikan, identiti, jati diri, nilai dan agenda perlu dikekalkan,
dipertahankan dan diwarisi dari generasi ke generasi, meskipun ia akan
memberi kesan negatif dan mengancam tapak’ mereka berteduh dan mencari
mata pencarian.
Persinggahan dan perpindahan mereka ke
‘tapak subur’ ini tidak bersifat kekal. Bagaimanapun, sementara mendapat
tempat berteduh dan berlindung baru ini, tidak ada yang akan menghalang
mereka dari meraih sebanyak mana manfaat dan keuntungan dari ‘tapak’
baru ini.
Apabila didapati harapan untuk kembali ke
tanah air besar China semakin tipis dan agak mustahil, maka segala
perjuangan mereka perlu diangkat supaya “tuan rumah” tempat mereka
menumpang nasib tidak berani mengganggu gugat apa yang mereka telah
capai dan perolehi. Siapa sahaja yang menjadi pemerintah akan di”ajar”
supaya tidak berani menjentik walau seinci pun “kekebalan” yang mereka
telah nikmati, apatah lagi untuk menghapuskannya.
Kongres Perkauman yang bakal diadakan
pada 28 Disember ini, pada pandangan saya, mempunyai persamaan dengan
penindasan, kezaliman dan perlanggaran hak-hak asasi terbesar di negara
China terhadap umat islam di wilayah autonomus Turkistan Timur. (Satu
persamaan lain yang sedang berlaku di wilayah autonomus Kashmir – tapi
ini perlu kepada satu perbincangan berasingan pula).
Jika tiga muka surat tulisan Jawi sudah
menggemparkan masyarakat Cina dan menggoncangkan jati diri dan sanubari
Dong Zong dan seangkatan dengannya, (yang boleh dikatakan sebagai
mewakili kepentingan-kepentingan bangsa Cina di Malaysia), maka tidak
menghairankan apabila kerajaan China bersifat tidak berperikemanusiaan
dan ‘barbaric’ terhadap apa sahaja elemen yang dianggap ‘mencemarkan’
identiti dan mengancam kedaulatan bangsa dan negara China.
Mayarakat Malaysia, umat Islam, bangsa
Melayu dan pembaca semua perlu sedar walaupun kongres perkauman yang
bakal diadakan pada hujung minggu ini batalkan sekalipun, ia tetap
memberi isyarat jelas bahawa pertubuhan Dong Zong tetap bersifat rasis
dan perjuangan mereka juga bersifat rasis dan cauvinis, satu persamaan
yang dikongsi bersama dengan parti-parti DAP, MCA dan Gerakan.
Perjuangan Dong Zong dan yang seangkatan
dengannya tidak dapat lari dari agenda negara asal China iaitu Huaqiao –
(华侨) dan Huaren (华人) bermaksud Orang-orang Cina Seberang Laut (Chinese
Overseas). Kerajaan China wajib mempertahankan kepentingan-kepentingan
rakyatnya yang berasal dari tanah besar China, meskipun mereka sudah
bermastautin atau menjadi warganegara-warganegara lain.
‘Penjagaan’ Kerajaan China ini termaktub
di dalam satu undang-undang yang dinamakan “Law of the People’s Republic
of China on the Protection of the Rights and Interests of Returned
Overseas Chinese and the Family Members of Overseas Chinese”.
Sebab itu jugalah sekolah-sekolah
vernakular Cina masih dipertahankan hingga ke hari ini, dan sebarang
percubaan untuk menghapuskannya akan dipatahkan, sama ada melalui
tekanan-tekanan politik mahupun dasar-dasar kerajaan pemerintah sendiri.
Lihat sahaja falsafah penubuhan Dong Zong dan pembaca akan faham
sendiri.
Kita ingin bertanya: Apakah keuntungan
yang kerajaan perolehi dengan mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah
vernakular ini, sehingga tergamak memberi mereka dana dari belanjawan
negara?
Kewujudan sekolah-sekolah rasis ini bukan
sahaja bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, akan tetapi juga
hanya memperkukuhkan keceluparan kumpulan rasis cauvinis ini ke atas
sistem pendidikan negara yang harmoni.
Kongres Perkauman Dong Zong pada 28 Disember ini adalah ancaman kepada kestabilan negara.
Pihak berkuasa patut membatalkan kongres ini dan mengharamkan pertubuhan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.