Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Adakan 'town hall discussion’ seluruh negara, perlu pandangan rakyat
BANGI
– Cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang
Pilihanraya (ERC) untuk memansuhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) disifatkan
sebagai satu syor yang pelik.
Presiden
gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya
berkata, cadangan berkenaan perlu dibahaskan serta diberi ruang kepada
rakyat untuk memberikan pandangan.
“Ini melibatkan masa depan negara, maka wajarlah rakyat diberi ruang untuk bersuara dan memberikan pendapat.
“Siri-siri
‘townhall discussion’ perlu diadakan di seluruh negara untuk mendengar
suara rakyat, jika benar-benar ikhlas dan telus mahu menambah baik
sistem,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu,
sebuah portal melaporkan Pengerusi Jawatankuasa ERC, Ab Rashid Ab Rahman
berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu lagi mengadakan PRK
Parlimen selepas ini sekiranya kerajaan menerima sistem yang akan
dicadangkan oleh jawatankuasa penambaikan pilihan raya.
Beliau
berkata, mengikut sistem baharu yang dicadangkan, kekosongan kerusi
Parlimen akan diisi secara automatik oleh parti politik penyandang
kerana semasa pilihan raya rakyat akan memilih parti, bukan lagi calon
individu.
Difahamkan,
ia akan diserahkan kepada parti yang memenangi kerusi tersebut secara
automatik untuk melantik sesiapa pun sebagai wakil rakyat di kawasan
tersebut.
Ini bermakna
mana-mana parti politik yang menang 50 peratus jumlah pengundi akan
memerintah tetapi perubahan ini tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini,
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap segala
pembaharuan amalan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus,
mengambil kira kearifan tempatan.
“Janganlah
kekalahan dalam empat PRK, menjadikan kerajaan begitu gerun dan gundah
sehingga mencadangkan pembaharuan yang sangat tidak selari dengan
kepentingan demokrasi Malaysia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.