Selasa, 24 Disember 2019

Diam Ka Siong!

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

 

Bila rejim komunis China tindas Uyghur kamu membisu



BANGI – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak Presiden parti perkauman, MCA, Wee Ka Siong yang lantang menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad daripada mengeluarkan kenyataan, kononnya bimbang akan menyinggung negara lain sehingga menjejaskan Malaysia.

Mengganggap Ka Siong campur tangan urusan perdana menteri, Ridhuan Tee menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk bersuara menentang kebejatan yang dilakukan oleh negara luar terutama sekali apabila membabitkan umat Islam.

Beliau juga hairan apabila presiden parti Cina itu lantang mengkritik kenyataan Dr Mahathir sedangkan sudah tidak lagi berkepentingan di dalam kerajaan.

“Kau diamlah Ka Siong, kamu bukan siapa-siapa. Jangan campur tangan urusan perdana menteri. Parti kamu tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan. Sejak tidak berada dalam kerajaan, Presiden MCA begitu lantang mengkritik Tun Mahathir.

“Malah kenyataan atau pendapat peribadi Tun Mahathir mengenai isu kewarganegaraan negara India pun dipertikaikan oleh Ka Siong. Hairan sungguh Ka Siong ni!

“Kamu bukan siapa-siapa lagi Ka Siong. Kamu menang pun kerusi Parlimen Ayer Hitam, atas ihsan undi Melayu. Harapkan undi ultra kiasu, sudah lama kamu lingkup. Tak ada langsung wakil di Parlimen, kecuali Tanjung Piai yang kamu menangi baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, ketua parti komponen pihak pembangkang itu meminta perdana menteri berhenti ‘bergaduh’ dengan negara-negara besar.

Menulis di laman Facebooknya, Ka Siong akur akan banyaknya pengalaman Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin, namun menambah PM Malaysia itu juga ‘terkenal dengan sikap suka bergaduh dengan kuasa-kuasa besar dunia.’

Membidas kenyataan itu, Ridhuan Tee berkata, teguran PM kepada kerajaan India berkait rapat dengan masa depan umat Islam di sana, kerana jelas sekali umat Islam didiskriminasi, dianiaya dan dibunuh saban hari.

“Apakah kita tidak ada hak untuk bersuara. Kenapa kamu diam Ka Siong, bila nasib menimpa umat Islam. Tetapi bila hak pendidikan Cina dicuit sedikit kamu begitu lantang mempertahankan. Ultra kiasu sungguh kamu.

“Siapa lagi yang boleh menegurkan kerajaan komunis China dalam isu Uyghur melainkan Malaysia? Kenapa kamu masih diam dengan tindakan kuasa besar negara China ke atas umat Islam Uyghur?

“Aku pun Cina juga, tetapi aku tahu membezakan mana dia hak mana dia batil, walaupun terpaksa mengutuk tindakan manusia sebangsa. Salah tetap salah, bukan soal siapa?,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, umum mengetahui bahawa Ka Siong memang tidak menggemari perdana menteri hari ini kerana beliau sememangnya tidak ‘memberi muka’ kepada NGO rasis ultra kiasu komunis yang sealiran dengan MCA iaitu Hua Zong, Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.

“Kamu sokong perhimpunan komunis ini pada 28 Disember bersama parti ultra kiasu lain, sedangkan PM minta supaya dibatalkan. Ternyata, kamu dan parti-parti ultra kiasu dan NGO yang komunis yang lain nampak macam berbeza, sebenarnya kamu memang satu. 

“Bila diusik sedikit pendidikan Cina, habis kamu semua melompat. Bila nasib menimpa umat Islam di China, kamu diam. Tidakkah ciri-ciri menampakkan ada pengaruh komunis? 

“Sudahlah Ka Siong, jagalah parti kamu yang semakin nazak. Kamu mahu bersama Barisan Nasional (BN), tetapi kamu tolak Muafakat Nasional. Saya tahu apa strategi dan sebahagian yang ada di kepala Ka Siong,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.