Ahad, 24 November 2019

Tanjung Piai: Hadi orang pertama cadang calon MCA

Shawaliah Hadir
MGF23112019_PELANCARAN-MUAFAKAT-NASIONAL-SELANGOR27-1
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta yang lain bergambar sambil mengangkat tangan pada Pelancaran Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di KKC D Laman Cinta, Shah Alam, Selangor. foto AFFAN FAUZI
 

SHAH ALAM – Mengetengahkan calon MCA untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah cadangan yang disuarakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menjadi orang pertama yang mengemukakan cadangan itu kepadanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia membuktikan parti Islam itu tidak ekstrim seperti yang didakwa.

Sebaliknya Pas berfikiran membuat pertimbangan untuk masa depan politik Muafakat Nasional.

“Apabila berlaku kekosongan kerusi Tanjung Piai, Hadi orang pertama membisik kepada saya agar dicadangkan calon yang akan diwakili biarlah datang dari MCA.

“Jika Pas dikatakan terlalu ekstrim dan berfikiran sempit tentu apa yang saya lontarkan tadi adalah keterbukaan Presiden Pas yang tidak melihat muafakat ini suatu yang kecil sebaliknya skop politik yang jauh

“Cadangan Presiden Pas sudah tentu suatu keterbukaan yang harus dihargai oleh semua kaum,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Muafakat Nasional Selangor malam tadi.

UMNO juga kata Ahmad Zahid tidak mementingkan diri dalam menentukan calon meskipun majoriti pengundi di kawasan Parlimen itu adalah Melayu.

Ini juga tambah Zahid menggambarkan Pas tidak ekstrim seperti yang didakwa sebaliknya lebih terbuka dan bertoleransi dengan parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN),

“Bukan hanya kerana 42 peratus pengunsi Cina tetapi untuk melihat kejayaan Muafakat Masional dengan lebih jauh lagi ertinya UMNO juga tidak berpandangan sempit tentang agihan kerusi kepada rakan dalam BN,” katanya.

Justeru katanya kecemerlangan awal Muafakat Nasional yang terbukti pada PRK Tanjung Piai baru-baru ini tidak mustahil untuk berulang di Selangor namun memerlukan perpaduan yang kukuh.

Ahmad Zahid turut mengingatkan agar tidak akan berlaku perebutan habuan politik dalam usaha Muafakat Nasional itu merampas semula Selangor.

“Dengan syarat kekalkan penyatuan kita, jangan berebut habuan politik sebelum masuk perang, atau terlihat ada kemenangan (bakal diraih) maka kita (Muafakat Nasional) berebut,” tambah beliau.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng muncul pemenang kerusi Parlimen Tanjung Piai dengan majoriti lebih besar iaitu 15,086 undi.

Pesaing terdekatnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini mendapat 10,380 undi.-MalaysiaGazette-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.