Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pembebasan itu walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.
Sequerah berkata, alasan yang diberikan Umar tidak meyakinkan.
“Pertuduhan itu tidak boleh dikekalkan terhadapnya. Saya perintahkan pembebasan.”
Bagaimanapun, Musa masih berdepan dengan 30 pertuduhan rasuah walaupun pendakwaan mengemukakan pindaan.
Musa yang dibenarkan duduk di kandang tertuduh atas faktor kesihatan, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
Beliau merupakan ketua menteri Sabah dari 2003 hingga pilihan raya umum tahun lalu apabila Barisan Nasional hilang tampuk pemerintahan kepada Warisan yang diketuai Shafie Apdal.
Musa yang sebelum ini diikat jamin dengan RM2 juta, diwakili Francis Ng, Amer Hamzah Arshad, Ragunath Kesavan dan Joshua Teh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.