Hj. Mohd Nor Izzat Bin Hj. Mohd Johari
Kita bukan cari halal semata-mata tetapi kita dituntut mencari ‘Toyyib
MENGULAS mengenai kenyataan Menteri
Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Berkemungkinan
menteri maksudkan tidak perlu boikot barangan bukan muslim, bermakna
barangan yang telah mendapat pengesahan halal oleh Jakim tetapi
pemiliknya bukan muslim.
Saya secara peribadi merasakan saranan
YB menteri adalah kerana YB menteri ingin menyatakan Jakim adalah sebuah
institusi yang telah diamanahkan untuk mengiktiraf sesuatu produk sama
ada halal atau tidak.
Halal Jakim belum tentu lagi ‘Halalan
Toyyiban’. Dahulu, kita sedar dan akui bahawa kita susah untuk
mendapatkan produk muslim atas kekangan-kekangan tertentu.
Bagaimanapun, dalam menuju tahun 2020,
kita seharusnya mengakui bahawa kita sudah banyak produk muslim yang
mendukung ‘Halalan Toyyiban’ tersebut.
Saya menarik perhatian YB Menteri dan
mungkin juga perlu merujuk kepada YB Menteri Agama Islam, apakah yang
dimaksudkan Halalan Toyyiban?
‘Halalan Toyyiban’ membawa maksud
sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok. Ini bermakna kita bukan
sekadar mencari halal semata-mata, malah kita dituntut untuk mencari
‘Toyyib’.
Saya juga tertanya-tanya, adakah halal
yang diiktiraf oleh Jakim ini betul-betul Halal? Jika kita buat senarai
semak, perkara pertama yang wajib kita perhalusi ialah siapa
pemilik/pemunya/pembuat produk tersebut. Termasuklah pemilik syarikat
atau pengeluar dana/modal dalam menghasilkan produk.
Ini yang kita tekankan. Rentetan
daripada itu, saya difahamkan YB menteri telah merendah-rendahkan orang
Islam di Malaysia dengan kata-kata sindiran bahawa saranan beliau itu
kerana kebanyakan produk Halal Jakim adalah kepunyaan bukan muslim.
Benar!
Sebab itu saya dan seluruh rakyat
Malaysia sedang mencari produk dan perkhidmatan yang ‘halalan toyyiban’.
Mungkin sukar tetapi saya yakin, dengan tekad dan usaha, kita pasti
berjaya melengkapkan segala keperluan asas kita dengan produk muslim.
Menerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH),
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan NGO-NGO Islam
(GNI), saya yakin, kempen beli produk muslim dan kempen sokong peniaga
pembayar zakat akan terus mendapat sokongan padu semua umat Islam di
Malaysia.
* Hj. Mohd Nor Izzat Bin Hj. Mohd Johari, Sekretriat Ekonomi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.