PM gelar Dong Zong rasis, tapi DAP dan PKR pertahankan pula: Najib
BANGI– Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas kerajaan Pakatan Harapan
(PH) kerana menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), mendakwa parti
berkenaan punca timbulnya isu perkauman kebelakangan ini.
Bekas perdana menteri itu berkata,
masalah perkauman yang semakin meruncing, bahkan didakwanya paling teruk
dalam sejarah terbaharu negara itu sebenarnya ditimbulkan sendiri oleh
PH.
“Yang gelar Dong Zong rasis dan mahu
diharamkan, PM ke-7. Yang pertahankan Dong Zong, DAP dan PKR. Yang
bantah Zakir Naik, Syed Saddiq. Yang sokong Zakir Naik, Syed Saddiq.
“Yang gelar orang Melayu muslim sebagai
satu juta pak guard Bangladesh minggu lepas, Timbalan Menteri, Sim Tze
Tzin. Sim sendiri pun sedar dia bersalah apabila dia padam posting dia
setelah dikritik 4,000 netizen selepas satu jam. Tetapi enggan memohon
maaf,” katanya.
Beliau dalam hantaran di Facebooknya
berkata, setiap hari pastinya timbul isu membabitkan pertikaian dan
ketidakpuasan hati antara kaum, sehingga menyebabkan pergaduhan.
“Dah penat nak baca tentang isu-isu ini.
Tak habis-habis. Seperti semangat 1Malaysia, semangat perpaduan antara
bangsa dan agama tak wujud lagi.
“Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini
dilaporkan bahawa masalah perkauman semakin meruncing malahan dikatakan
paling teruk dalam sejarah terbaharu negara,” katanya.
Pada masa sama, Najib turut mengingatkan
kerajaan Malaysia yang ditadbir PH bahawa rakyat telah memberi mandat
untuk menjaga serta membina negara.
“Tapi mereka gunakan mandat ini untuk
main yang bukan-bukan pula. Tiap-tiap hari kita membaca kem PM ke-7
marah kem PM ke-8 atau sebaliknya. Tak habis-habis mereka untuk merebut
kuasa Perdana Menteri,” sindirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.