Oleh Siti Fatimah Ishak
Pemimpin DAP meremehkan perbuatan tak hormat Jalur Gemilang
BANGI–
Kenyataan Dr Abdul Aziz Bari kononnya isu pemasangan Jalur Gemilang
secara terbalik adalah kesilapan biasa dan bukannya kesalahan,
membuktikan Naib Pengerusi DAP Perak itu benar-benar tidak patriotik.
Ketua
Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ipoh, Muhammad Nurfadzli Anuar
berkata, tergamak seorang pemimpin menyatakan pendirian negatif seperti
itu, seolah-olah membenarkan perbuatan rakyat tidak menghormati Jalur
Gemilang.
“Aziz Bari
agak keterlaluan. Jelas dia tak patrotik. Kenyataan beliau bahawa
mereka yang pasang bendera terbalik sekadar melawak sangat memalukan.
Apakah Jalur Gemilang perlu dijadikan bahan lawak?
“Beliau
tidak sepatutnya meremehkan isu ini. Tidak patut kenyataan itu keluar
dari seorang pemimpin. Sikap naif sebegini akan melahirkan generasi masa
depan yang tidak punya kesetiaan pada negara,” katanya.
Terdahulu,
Aziz Bari menganggap isu memasang bendera secara terbalik sebagai kecil
dan terpencil, tetapi menjadi panas apabila disebarkan menerusi media
sosial.
“Benda ni
terlalu mudah ataupun cepat disebarkan, cuma setahu saya tak ada
kesalahan. Ada undang-undang ke yang menyatakan salah pasang bendera
terbalik?
“Kadang-kadang
kalau tersilap, terlepas pandang, jangan kata ini perbuatan tidak
patriotik, anti itu dan ini. Saya fikir bendera terbalik ini orang buat
lawak jer … apanya nak dikatakan tidak patriotik, apa ni, kita dalam
Malaysia Baharu lebih ‘open’ dan terbuka,” katanya seperti dilapor
Utusan.
Sebelum
ini tular dalam media sosial mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang
dinaikkan secara terbalik di sebuah sekolah di Pahang.
Selain
itu, sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap
juga dikatakan memasang Jalur Gemilang terbalik, dan difahamkan
permohonan maaf sudah dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.