Jumaat, 23 Ogos 2019

Sindiran ‘pedas’ untuk Aziz Bari

Ustaz Sharipuddin Ab Kadir

 

Taraf pemikiran rendah, lebih rendah dari rumput di padang ragut

APA kata kalau ada seorang pensyarah undang-undang mendapati ada seorang pelajarnya hantar skrip jawapan tulisan terbalik. Biasanya pelajar tersebut akan gagal dalam kertas tersebut. Kalau lulus bermakna pensyarah itu ada sesuatu yang tak kena. Atau mungkin pensyarah tersebut tak baca pun skrip jawapan. Markah diberi secara timbang helaian kertas jawapan sahaja.

Tetapi tiada peruntukan undang-undang yang menyatakan pelajar tersebut salah dari segi undang-undang. Alangkah bodohnya kalau seseorang akademik berfikiran macam ini.

Kalau seorang akademik yang waras tidak akan mengulas isu pasang bendera terbalik tidak salah dari segi undang-undang kerana tiada dalam peruntukan undang-undang.

Apa kata kalau kita ke pasar mendapati ada seseorang pakai stokin di kepala dan pakai ketayap di kaki. Biasanya kurang siuman. Tiba tiba ada seorang kononnya pakar undang-undang mendakwa orang tersebut tidak bersalah dari segi undang-undang kerana tiada dalam peruntukan undang-undang bahawa perbuatannya salah.

Kenyataan sedemikian dari seseorang yang dianggap pakar undang-undang nampak seperti kenyataan bodoh. Mereka yang memasang bendera terbalik pun akan ketawa terbahak-bahak. Alangkah bodohnya pakar tersebut. Kononnya nak menjaga dan menawan hati kami, tetapi dengan cara yang bodoh.

Kesimpulannya biarkan si luncai dengan labunya. Tokoh macam ini tidak layak untuk digelar sebagai ahli akademik kerana memalukan bidang akademik. Lebih-lebih lagi tak layak untuk dijadikan sebagai pemimpin. Taraf pemikiran rendah bahkan lebih rendah dari rumput di padang ragut.

*Ustaz Sharipuddin Ab Kadir, YDP Isma Pasir Puteh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.