Pemimpin parti kerajaan dan pembangkang sepakat mana-mana
menteri atau timbalan menteri yang tidak mampu menghormati keputusan
kabinet dan perdana menteri perlu meletak jawatan.
"Ini soal disiplin dan integriti, bila dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri, apa juga yang disebut di khalayak ramai sepatutnya selari.
"Kita tertakhluk dengan keputusan kabinet selain perlu membezakan peranan sekarang sebagai kerajaan bukannya lagi pembangkang.
Nada sama juga disuarakan Anggota Majis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohidden
yang menyifatkan tindakan mengkritik keputusan kabinet atau perdana menteri secara terbuka adalah tidak wajar.
Sebaliknya saluran forum ataupun mesyuarat kabinet yang diadakan secara tertutup boleh digunakan sebagai platform bagi menyuarakan perbezaan.
"Pakatan Harapan (PH) perlu ada disiplin politik, timbalan menteri tidak harus berbeza pendapat dengan menteri, begitu juga menteri dengan perdana menteri.
"Tidak sepatutnya mengkritik keputusan yang dibuat kabinet atau perdana menteri secara terbuka, perbezaan pendapat harus diraikan, namun perlu disuarakan secara tertutup," jelasnya.
Pada
6 Ogos lalu, PAS menyarankan semua wakil DAP dalam kabinet meletak
jawatan susulan dua isu yang disuarakan bercanggah dengan pendirian
kerajaan mutakhir ini.
Menurutnya, DAP hanya mementingkan kepentingan parti dan tidak mahu mengangkat semangat tanggungjawab kolektif dalam kabinet.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pula berkata, pada kebiasanya presiden parti-parti dalam PH akan membuat keputusan secara bersama dalam membabitkan isu-isu tertentu.
Apa yang diputuskan oleh parti, kata Fahmi sepatutnya dipatuhi oleh pemimpin termasuk mereka yang berada dalam kerajaan.
"Pada masa ini saya rasa semua parti ambil maklum keputusan jemaah menteri. Apa isu berbangkit pimpinan sentiasa bersama," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad berkata parti itu berpegang kepada kenyataan yang dibuat timbalan presiden partinya sebelum ini bahawa mana-mana menteri yang bercanggah dengan pendirian kerajaan harus meletakkan jawatan.
Lokman berkata hal itu bertujuan menutup kelemahan DAP yang didakwanya gagal merancakkan ekonomi negara serta Bersatu yang dikatakan mahu menjadi hero memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
"Rakyat Malaysia jangan terperangkap dengan sandiwara politik Dr Mahathir dan DAP.
"Sandiwara ini bertujuan untuk mengekalkan kedudukan DAP dan Bersatu kononnya menjadi parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu,
"Jadi parti politik ini memainkan sentimen perkauman bagi menarik perhatian dan sokongan.
"Ini kerana Bersatu sedara mereka tidak boleh menarik sokongan pengundi Melayu melainkan memainkan sentimen ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.