Sabtu, 22 Jun 2019

Potong 'queue' lah lagi...

Hasbi Sidek
 
 

SIKAP mementingkan diri sendiri segelintir pengguna jalan raya yang memotong menggunakan lorong kecemasan dekat Lebuhraya Connought menghala pusat bandar, dekat Cheras, Kuala Lumpur, pagi semalam mengundang padah apabila disaman polis trafik.

Op Potong Q yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bermula 7.30 pagi itu menyaksikan sebanyak 54 saman dikeluarkan.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, operasi diketuai Inspektor Afifi Zulhusni bersama lima anggota Bahagian Penguatkuasa Operasi JSPT Kuala Lumpur selama dua jam.

“Operasi dijalankan di lokasi yang dikesan sering berlaku kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan ketika keadaan trafik sesak yang mana waktu puncak ketika orang awam keluar ke tempat kerja.

“Dalam operasi ini, pihak kami mengeluarkan sebanyak 54 saman membabitkan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang didapati menyalahgunakan lorong kecemasan dan

Beliau berkata, sebanyak 13 saman dikeluarkan kerana kesalahan memandu di lorong kecemasan, 19 saman kerana memotong kiri jalan, lesen memandu tamat tempoh dua saman, tiada lesen memandu lima saman dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi sebanyak tujuh saman.

“Kami turut mengeluarkan satu saman kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, satu saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan enam saman kerana cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Ulas beliau, sikap segelintir pemandu kenderaan yang tidak sabar dengan memotong barisan melalui lorong kecemasan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal dan berbahaya kepada kenderaan itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.