ISMA WEB
Pemimpin, pihak berkaitan PAS tiada dalam senarai lucut hak SPRM
KUANTAN– Pemuda PAS mencabar Pakatan Harapan (PH) sekiranya parti itu memiliki
maruah diri supaya memohon maaf secara terbuka kerana menuduh PAS
menerima wang hasil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua
Pemudanya yang baharu, Ir Khairil Nizam Kharudin berkata, PAS tiada
dalam senarai individu, pertubuhan atau syarikat yang dinamakan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikatakan menerima
wang 1MDB.
Sekiranya
mereka anak jantan, minta maaf secara terbuka atau peribadi, katanya
ketika ditemui pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup
Sukan Pahang (SUKPA), di sini, hari ini.
Semalam,
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya memfailkan
permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh
semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).
tindakan
itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram d
an
Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) di mana suruhanjaya itu percaya
wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas perdana menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
SPRM memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 19 Jun lalu, katanya pada sidang akhbar, semalam.
Semua
individu dan entiti terbabit, termasuk parti politik, yayasan dan
syarikat, UMNO, Parti Rakyat Bersatu Sabah, MCA serta Persatuan
Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Permohonan
perlucutan hak itu adalah yang terbesar dalam sejarah Malaysia di bawah
AMLA, dan terbukti tiada satu pun pemimpin atau individu berkaitan PAS,
disebut dalam senarai 41 nama itu.
Mengulas
lanjut, Khairil Nizam meminta semua pihak, termasuk menteri yang ada
sekarang dan memfitnah PAS sebelum ini, memohon maaf secara terbuka
kepada parti itu.
“Alhamdulillah,
sebab SPRM baru telah memberitahu benda yang sama seperti yang sebelum
ini, bahawasanya PAS tidak menerima sebarang dana daripada 1MDB,”
katanya.
Beliau
berkata, bukti-bukti tuduhan bahawa PAS menerima wang 1MDB masih lagi
boleh dilihat melalui platform media sosial ataupun YouTube dan
sebagainya.
“Terpulang
untuk meinta maaf secara terbuka melalui kenyataan atau rakaman. Kalau
‘gentleman’ silakan. Kalau menghormati rakyat, silakan. Sebab inilah
perkara yang seringkali dimomokkan kepada PAS, sebelum PRU 14, hingga
menyebabkan rata-rata rakyat agak terpercaya kepada dakwaaan dan fitnah
itu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.