ISMA WEB
'Sandev Sandev' berusia 36 tahun dipercayai tinggal di Pulau Pinang
KANGAR– Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat laporan polis
selepas menerima mesej berbaur ancaman dan ugutan yang membahayakan
dirinya di laman Facebook, semalam.
Ketua
Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, Mohd Asri membuat laporan
itu di Balai Polis Padang Besar kira-kira jam 6.30 petang semalam kerana
bimbang keselamatan diri serta keluarganya.
“Mohd Asri
menerima satu mesej daripada pemilik akuan Facebook bernama ‘Sandev
Sandev’ kira-kira jam 6 petang semalam yang turut mengancam untuk
memukulnya sehingga cedera parah.
“Pemilik Facebook itu turut memberikan nombor telefon dan meminta Mohd Asri menghubunginya,” katanya.
Beliau berkata, suspek turut meminta alamat Mohd Asri bagi membolehkannya memukul mufti itu.
Noor
Mushar berkata, polis telah mengambil keterangan Mohd Asri berhubung
perkara itu dan sedang mengesan suspek berumur 36 tahun yang dipercayai
menetap di Pulau Pinang.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.