Dua suspek lelaki warga tempatan direman tujuh hari bantu siasatan
KUALA LUMPUR– Dua lelaki warga tempatan disyaki keldai dadah ditahan di sebuah
hotel di Jalan Kuchai Lama di sini, dalam serbuan pada kira-kira pukul
8.30 pagi Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
ACP Adnan Azizon berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui empat
kilogram dadah disyaki ketamin bernilai RM240,000 pada papan pelapik
yang direka khas dalam sebuah beg, di hotel berkenaan.
“Siasatan mendapati kedua-dua suspek
aktif menjadi keldai dadah kira-kira tiga bulan lepas dengan mengedar
dadah jenis ketamin ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan di
sini, hari ini.
Polis turut merampas wang tunai RM858 dan
sebuah kereta jenis Honda City dipercayai milik suspek, dan kedua-dua
mereka yang masing-masing berumur 24 dan 33 tahun kini ditahan reman
selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabit kesalahan boleh membawa kepada
hukuman mati. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.