Mohd Solihan Badri dilantik sebagai Setiausaha Bersatu Johor baharu
JOHOR BAHRU
– Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau,
Mazlan Bujang hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengerusi
Bersatu Johor yang baharu.
Mazlan
yang ditemui pemberita di Pejabat Bersatu Bahagian Tebrau di Taman Daya,
di sini, melahirkan kesyukuran dan terima kasih kepada Pengerusi
Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Presiden Bersatu, Tan Sri
Muhyiddin Yassin atas kepercayaan melantik beliau sebagai pengerusi.
“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk memperkukuhkan Bersatu Johor, supaya berada di landasan terbaik.
“Pelantikan
saya sebagai Pengerusi Bersatu Johor adalah bertarikh 24 April lepas,
namun saya memulakan tugas rasmi berkuatkuasa hari ini,” katanya.
Mazlan
yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas
Bendahari Bersatu Johor berkata, selaras dengan peruntukan 16.3
Perlembagaan Bersatu, beliau melantik Ketua Bersatu Bahagian Ledang,
Mohd Solihan Badri sebagai Setiausaha Bersatu Johor yang baharu
menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Mohd Solihan, yang juga ADUN Tenang sebelum ini merupakan Pengarah Media Bersatu Johor.
Menurut
Mazlan, ADUN Larkin Mohd Izhar Ahmad pula dilantik sebagai Bendahari
Bersatu Johor, Ketua Bersatu Bahagian Pulai Ya’cob Atan sebagai Ketua
Penerangan, manakala Ketua Bersatu Bahagian Sekijang Uzzair Ismail
sebagai Pengarah Media.
Katanya,
jawatan Timbalan Pengerusi Bersatu Johor kekal disandang Ketua Bersatu
Bahagian Iskandar Puteri, Senator Ir Nasir Hashim selaras peruntukan
Fasal 16.2 Perlembagaan Bersatu Malaysia.
Menurut
Mazlan, beliau ada menawarkan kepada Dr Sahruddin, yang juga Menteri
Besar Johor supaya kekal menyandang jawatan Setiausaha Bersatu Johor.
“Namun,
saya dimaklumkan menerusi Solihan bahawa Dr Sahruddin sendiri menolak
jawatan berkenaan (Setiausaha) demi menumpukan kepada pentadbiran
kerajaan negeri.
“Tetapi, di dalam mesyuarat Bersatu negeri, kita akan jemput beliau (Dr Sahruddin) untuk turut hadir nanti,” katanya.
Mazlan
dalam pada itu berkata beliau akan menumpukan usaha terhadap pengukuhan
perpaduan parti, menguatkan sokongan akar umbi serta menarik lebih ramai
keanggotaan baharu bagi meningkatkan jumlah keanggotaan parti itu di
negeri ini yang mencatatkan seramai 29,942 orang setakat Disember lepas.
– Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.