Isu ini jadi kayu ukur keprihatinan kerajaan terhadap nasib peneroka Felda
BANGI– Kerajaan tidak sepatutnya menggunakan alasan akan memberi keutamaan
kepada amaun sara hidup dan wang pendahuluan kepada peneroka Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi ‘menutup’ isu tiada pemberian
bonus Aidilfitri pihak berkenaan.
Menyifatkannya
sebagai amat tidak wajar, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul
Kadir berkata, pemberian bonus Aidilfitri adalah wang ehsan daripada
kerajaan manakala wang sara hidup dan wang pendahuluan pula adalah ‘gaji
bulanan’ para peneroka.
“Kerajaan tidak wajar mempertikaikan hak penerimaan gaji bulanan yang sememangnya suatu prosedur bulanan.
“Kenyataan
Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang mengatakan sehingga kini masih belum
diputuskan pemberian bonus Aidilfitri kepada peneroka menunjukkan sikap
kerajaan yang tidak prihatin terhadap nasib 11,635 peneroka Felda,”
katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, isu bonus Aidilfitri ini juga boleh dijadikan
kayu ukur keprihatinan kerajaan terhadap nasib peneroka Felda yang
semakin terhimpit dengan nilai komoditi sawit yang masih lagi tidak
stabil.
“Malah,
alasan kerajaan berkenaan keadaan kewangan negara penghalang pemberian
bonus Aidilfitri langsung tidak munasabah diguna pakai terhadap para
peneroka Felda yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan hasil
minyak sawit sehingga mencecah RM80 billion pada tahun lalu,” katanya.
Justeru,
Shaharizukirnain menggesa kerajaan agar segera menyalurkan bonus
Aidilfitri kepada peneroka dan tidak sama sekali mempertikaikan wang
sara hidup serta wang pendahuluan yang merupakan komitmen berpanjangan
daripada Kerajaan bukannya wang ehsan Aidilfitri.
“Buktikan keprihatinan Kerajaan hari ini dalam memartabatkan nasib peneroka-peneroka Felda,” katanya.
Menteri Hal
Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, tiada
bonus atau imbuhan sempena Aidilfitri tahun ini kepada peneroka-peneroka
Felda sebaliknya kerajaan dalam usaha memastikan pembayaran pinjaman
sara hidup dan pendahuluan hasil disalurkan sebelum Aidilfitri.
Azmin
berkata, beliau percaya peneroka-peneroka Felda sedia maklum berhubung
kedudukan kewangan negara yang menjadi kekangan kepada kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.