Istana akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan itu esok
IPOH– Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menitahkan beberapa
pemimpin parti politik di negeri ini untuk menghadap baginda susulan
dakwaan segelintir pihak menggunakan masjid dan surau untuk aktiviti
parti.
Antara
pemimpin parti daripada Pakatan Harapan yang hadir ialah Menteri Besar,
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu
(Bersatu) Perak; Pengerusi Parti Amanah negara (Amanah) Perak, Asmuni
Awi; Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan
Penasihat DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Menurut
Anggota Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini pertemuan
berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira pukul 4
petang tadi.
“Istana akan mengeluarkan kenyataan berhubung pertemuan itu esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Baru-baru
ini Wanita UMNO dan Muslimat PAS Lumut dilapor mengadakan program di
Masjid Terapung Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, manakala Pemuda UMNO
di Masjid Al-Khairiah Kampung Banjar, Teluk Intan.
Selain
itu, Surau Klebang Prima di sini turut dilapor digunakan dengan
memaparkan kain rentang tertera logo UMNO dan PAS, manakala pemimpin
utama PAS dibawa ke Surau Al-Ittihad, Kampung Temiang di sini. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.