PETALING JAYA – Jemaah Menteri menggesa Tenaga Nasional Berhad
(TNB) untuk memperbetulkan apa jua kesilapan yang menyebabkan bil
elektrik pengguna meningkat secara mendadak.
Sumber Kabinet memberitahu Sinchew Daily, TNB pada masa ini juga sedang berusaha menyelesaikan isu tersebut.
Menurut sumber lagi, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar
dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin turut menjelaskan punca kenaikan
kepada para menteri, termasuk kesilapan pada sistem yang menyebabkan
perhitungan untuk tempoh melebihi sebulan.
“TNB hanya boleh menghitung bayaran untuk sebulan, termasuk 28 hari
jika bulan itu hanya ada 28 hari. Sekarang, ada perhitungan yang
melebihi selama lima hingga lapan hari.
“Menteri lain juga memberi cadangan termasuk pemberian rebat atau
pengguna boleh menangguhkan bayaran sementera Suruhanjaya Tenaga
mengambil masa dua minggu untuk menyiasat,” katanya.
Disebabkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berlepas
ke Jepun, mesyuarat pada Rabu itu berakhir lebih awal daripada yang
biasa, tetapi ia tidak menghalang Jemaah Menteri untuk membincangkan isu
itu secara teliti.
Dalam perkembangan terkini, TNB hari ini akan mengadakan sidang
media khas pukul 3 petang dipercayai mempunyai kaitan dengan isu
kenaikan bil elektrik. –malaysiagazette
Artikel berkaitanLebih 17,000 bantah kenaikan kadar elektrik 2019 mengikut kiraan TNBWujud kecuaian teknikal TNB kenakan caj bil elektrik tinggi – Bee Yin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.