Oleh Athirah Huda Zalhe
Negara akan lebih aman jika bukan Islam faham mengenai agama Islam
BANGI– Malaysia akan lebih aman jika orang bukan Islam memahami agama Islam,
walaupun tidak menganut agama itu, kata pendakwah bebas, Prof Dr Riduan
Tee Abdullah.
Menyokong
cadangan pemimpin PAS supaya subjek kenali agama Islam diperkenalkan
kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), beliau berkata, salah faham
yang timbul hari ini kerana kegagalan orang bukan Islam memahami agama
majoriti di negara ini, seperti termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Pernah
menyuarakan cadangan sama sebelum ini, Ridhuan Tee menjangkakan bahawa
syor itu pastinya akan dibantah oleh golongan ultra kiasu.
“Sejarah
membuktikan bukan Islam boleh hidup senang-lenang dalam sebuah negara
Islam, berbanding orang Islam yang hidup dalam negara bukan Islam.
“Tidak
pernah aman, sentiasa umat Islam menjadi mangsa keadaan, dianiayai,
dizalimi, dan dibunuh. Contoh yang berlaku di Myanmar, India, China dan
lain-lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Membanding
keadaan di Thailand, beliau berkata, agama Buddha tidak boleh disentuh
langsung kerana dilindungi, bahkan umat Islam di negara itu wajib
menghormatinya.
“Bandingkan
juga di Terengganu dan Kelantan, kenapa orang Cina di sana begitu lunak
dan amat lembut terhadap Islam? Kerana mereka begitu rapat dengan
budaya Melayu dan Islam. Sebab itulah orang Melayu begitu baik dengan
mereka.
“Di Jalan
Pusara, bandar Kuala Terengganu, orang Melayu berjiran lagi dengan kubur
orang Cina,Kristian dan India. Bolehkah orang Cina berjiran atau
mendirikan rumah berhampiran kubur Melayu? Fikirkan,” katanya.
Justeru,
beliau menegaskan bahawa agama Islam yang membawa keadilan sejagat mesti
diketengahkan sebagai subjek wajib untuk diambil oleh pelajar bukan
Islam.
“Memahami
cara berfikir orang Melayu yang bersifat horizontal (mendatar) selalu
berfikir apa yang boleh diberikan, disumbangkan, dengan Islam yang
menjadi pegangan.
“Sudah
tentu orang Cina yang berfikir secara vertikal (menegak) yang tidak
puas, begitu dengan kecenderungan India yang lebih kepada lateral,
pastinya dengan kefahaman Islam kepada mereka ini, keadaan akan menjadi
lebih baik,” katanya.
Sebelum
ini, Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali
mencadangkan supaya memperkenalkan subjek mengenali agama Islam kepada
murid bukan Islam, di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) peringkat rendah
dan menengah.
Khairuddin
berkata, syor itu lebih tepat untuk dilaksanakan berbanding cadangan
mewujudkan subjek mengenali agama lain di sekolah dan universiti
diutarakan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) pada minggu lalu, bertujuan
memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.