Arahan tersebut dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menerusi satu surat yang ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.
“Dimakumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei 2019 (Rabu) memutuskan pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2019 kepada 112, 635 peneroka Felda pada kadar RM300 bagi setiap peneroka.
“Sehubungan itu YB Menteri Hal Ekonomi menyarankan Felda membuat pembayaran tersebut serta tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PDH) kepada peneroka yang terlibat,” kata surat itu.
Menurut surat berkenaan, bayaran insentif itu perlu dibayar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.
Surat yang diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ itu dialamatkan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dr Othman Omar bertarikh 30 Mei.
Bagaimanapun, Azmin tidak berada di dalam negara buat masa ini kerana mengerjakan umrah di Mekah.
Reaksi daripada pejabat Menteri Hal Ehwal Ekonomi sedang diusahakan. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.