DAP Perak akan mengeluarkan arahan kepada lebih 300 cawangan
parti di negeri itu supaya akur dengan titah Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah, terhadap larangan penganjuran program politik di
masjid dan surau di negeri ini.
Justeru, beliau menyeru Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana jawatankuasa masjid yang melanggar titah baginda dan tindakan tegas wajar diambil termasuk menggantung tugas mereka.
"Perkara ini bukan sahaja tidak sepatututnya berlaku pada bulan Ramadan tetapi sepanjang masa,” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran DAP Perak, di Ipoh hari ini.
Selain itu, Nga, yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata, walaupun DAP difitnah sebagai anti-Melayu dan Islam, namun parti itu sentiasa mengambil langkah sebagai sebuah parti mesra Islam.
Katanya, sebagai bukti, DAP telah memberikan sumbangan dianggarkan sebanyak RM1 juta kepada ratusan masjid dan surau seluruh negara pada Ramadan kali ini melalui peruntukan 42 Anggota Parlimennya.
“Contoh yang terbaik ialah Anggota Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh meluluskan peruntukan sebanyak RM130,000 kepada masjid dan surau di kawasannya untuk kegiatan kerohanian," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.