Selasa, 28 Mei 2019

‘Tiada penjelasan umum untuk dakwaan harga elektrik mencanak’

MALAYSIAKINI

   

Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai berurusan terus dengan Kedai Tenaga berdekatan jika harga bil elektrik mereka naik mendadak.

“Bagaimanapun, tiada penjelasan umum dapat diberikan kepada rungutan tersebut kerana setiap kes perlu diteliti terlebih dahulu dan ia turut berbeza antara satu sama lain,” kata TNB dalam kenyataan media hari ini.

Justeru, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan.

“Ini kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu hadir ketika ramai pengguna media sosial mendakwa harga elektrik mereka naik mendadak selepas pengenalan meter pintar TNB.

Tambah kenyataan itu lagi, pegawai perkhidmatan di Kedai Tenaga sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan, memperincikan sebarang kemusykilan dan membantu menyelesaikan permasalahan pengguna.

"Pengguna adalah dinasihatkan supaya membawa bil masing-masing untuk memudahkan urusan semakan.

"TNB memberi jaminan bahawa jika berlaku terlebih caj, jumlah lebihan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan berikutnya," kata kenyataan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.