UTUSAN.ONLINE
KUALA LUMPUR - Peguam Negara (AG), Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat perdana menteri, kabinet dan kementerian pertahanan berhubung perisytiharan perang.
Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri
Britain yang telah dipanggil untuk siasatan perang Iraq dan bukan Queen
Elizabeth sebagai raja berperlembagaan, sedangkan baginda adalah
panglima angkatan tentera.
“Jika
(sesuatu) perang diisytiharkan, walaupun Agong adalah pemerintah
tertinggi angkatan tentera, keputusan untuk menyertai perang, selalunya
dibuat oleh perdana menteri, kabinet dan menteri pertahanan dan secara
operasi, jeneral yang mengendali perang atau laksamana tentera laut.
“Jika
Malaysia melakukan jenayah perang, orang yang boleh dikenakan dakwaan
ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) ialah perdana menteri, kabinet,
menteri pertahanan, jeneral-jeneral dan tidak sekali-kali Agong kerana
baginda adalah raja berperlembagaan,” kata Thomas dalam penerangannya di
forum awam, ‘Malaysia (amp) Rome Statute’ yang berlangsung di
Universiti Malaya, hari ini.
Pada 5 April,
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia
telah menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan
kekeliruan politik dalam kalangan rakyat. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.