Ahad, 24 Februari 2019

Jawatankuasa kerjasama UMNO-PAS akan ditubuhkan

tyrazalhe  

Peringkat tertinggi parti setuju jalin kerjasama secara formal


SEMENYIH – UMNO dan PAS bersetuju menjalinkan kerjasama secara formal dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa selepas pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan berkata, kerjasama antara UMNO dan PAS sekarang ini secara tidak formal, tapi di peringkat tertinggi kedua-dua parti bersetuju untuk jalin kerjasama secara formal.

“Kita bersetuju untuk mengadakan rundingan dan kerjasama di peringkat pusat selepas tamat PRK (pilihan raya kecil) (Dewan Undangan Negeri) Semenyih ini. UMNO akan dipengerusikan (diketuai) oleh saya sendiri, manakala PAS oleh Timbalan Presiden parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,” katanya pada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Jai, Beranang di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohammad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional tidak menyatakan jumlah wakil UMNO yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu.

Semalam, media melaporkan dua parti pembangkang itu akan menubuhkan jawatankuasa sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.- Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.