Kerajaan negeri setuju tangguh pelaksanaan denda selama 6 bulan
KUCHING
– Peraturan larangan merokok di semua permis makanan di Sarawak akan
berkuatkuasa 1 Mac, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian.
Beliau
berkata, kerajaan negeri juga bersetuju menangguhkan pelaksanaan denda
sepanjang tempoh penguatkuasaan pendidikan selama enam bulan.
“Sepanjang
tempoh itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya
Kuching Selatan (MBKS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk
menjalankan beberapa program seperti terapi merokok, kesedaran
pendidikan di peringkat sekolah serta kempen anti merokok, “ katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Perubatan New York di sini
hari ini.
Dr Sim
berkata, program kesedaran orang awam sedang dijalankan kerana kerajaan
negeri mengambil berat terhadap masyarakat yang tinggal luar bandar yang
tidak mempunyai akses kepada maklumat dan didenda oleh pihak berkuasa
apabila mereka merokok di kawasan larangan ketika datang ke bandar.
“Kita mahu
melihat kempen anti merokok in bukan sekadar mengenakan denda, kerana
ia harus bermula pada peringkat awal persekolahan dan mereka yang hendak
menghentikan tabiat merokok kita bantu menerusi terapi secara percuma,”
katanya.
Peraturan
larangan merokok telah dilaksanakan di seluruh negara berkuatkuasa 1
Januari tahun ini.
Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan
boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara manakala pemilik
premis yang membenarkan pelanggan merokok boleh didenda RM2,500.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.