Oleh Siti Fatimah Ishak
Kebebasan suara tak terkawal, ada pihak ambil kesempatan hina Islam
BANGI
– Semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) memegang tampuk pemerintahan
negara, kebebasan bersuara seolah-olah menjadi salah satu pegangan
masyarakat.
Mana
tidaknya, ada pihak dilihat mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan
menghina dan mengganggu sensitiviti masyarakat Islam dengan
sewenang-wenang, tanpa rasa takut dan bersalah, kata Pemuda Parti
Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa).
Ketua
Pemudanya, Iqbal Hakim Abdul Razak kesal kerana kesempatan ini digunakan
mereka sehabis-habisnya untuk mewujudkan suasana tidak tenteram.
“Lebih
malang, pemimpin Melayu pula seolah-olah bisu, pekak dan buta bila Islam
dihina. Mereka seperti sukar untuk keluar kenyataan mengingatkan rakyat
Malaysia agar menjaga sensitiviti masyarakat, kerana yang menjadi
mangsa adalah umat Islam.
“Malah,
menteri-menteri juga kelihatan sangat tinggi sensitiviti bila babitkan
isu agama lain, tapi jika isu Islam nampak sangat mereka lembab untuk
beri maklum balas,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net hari
ini.
Beliau berkata demikian mengulas isu penghinaan dan provokasi yang sengaja dicetuskan pihak bukan Islam sejak kebelakangan ini.
Sebelum
ini, seorang lelaki yang ditahan kerana memuat naik status menghina Nabi
Muhammad ﷺ dan isteri, Saidatina Aishah, di akaun Facebook. telah
dibebaskan dengan jaminan polis.
Tindakan pemilik akaun Facebook Foo Sin Wei yang menghina Rasulullah ﷺ, telah mengundang kecaman dan kemarahan netizen.
Antara
status yang dimuat naik individu terbabit turut menyifatkan Baginda
Rasulullah ﷺ memanipulasi kanak-kanak, dengan imej yang menggambar Nabi
Muhammad ﷺ dan isteri Baginda, Siti Aisyah.
Iqbal
berkata, situasi bebas bersuara tanpa menjaga sensitiviti yang berlaku
ketika ini adalah kesan daripada kengganan sesetengah kumpulan dalam
masyarakat untuk berasimilasi.
“Malah
tindakan mereka tidak mahu menyatukan diri dengan budaya Bangsa
Malaysia, iaitu budaya yang menjadikan Islam sebagai nilai rujukan
menjadi punca provokasi berlaku,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.