Selasa, 1 Januari 2019

Singapura akan mansuh tol motosikal di Tuas Second Link

Wartawan MalaysiaGazette
xmotor-681x396
Tuas Second Link. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Singapura akan memansuhkan kutipan tol di Tuas Second Link mulai 21 Januari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Singapura hari ini.

“Kami tahu Malaysia telah memansuhkan kutipan tol motosikal di Second Link.

“Singapura juga akan memansuhkan kutipan di Second Link mulai 21 Januari,” katanya.

Malaysia telah memutuskan untuk memansuhkan kutipaab tol bagi motosikal di Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua (Second Link) Malaysia-Singapura dekat Gelang Patah, Johor.

Pemansuhan tol bagi motosikal di plaza tol itu diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019 untuk mengurangkan kos sara diri rakyat.

Sebelum ini, penunggang motosikal perlu membayar tol sebanyak RM1.10 di Plaza Tol Tanjung Kupang, sejak Laluan Kedua dibuka kepada pengguna sejak 1998. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.