KUALA LUMPUR – Kumpulan Anwarinas yang bertindak keluar Pas dan
membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad akan melepaskan jawatannya dan memberikan laluan kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beliau percaya Dr Mahathir akan berpegang kepada janji seperti mana yang telah dibuat sebelum ini.
Katanya, kesediaan ke arah itu telah pun diperlihatkan dengan kenyataan positif Dr Mahathir sebelum ini.
“Seperti mana Tun katakan, dia dah ada satu persefahaman dengan Datuk Seri (Anwar).
“Tun akan memenuhi janji-janji yang dibuat dan saya sebahagian daripada pimpinan pakatan yang menyaksikan pemeteraian perjanjian itu, saya yakin Tun akan lakukan seperti mana dia sebutkan. Tak ada masalah,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan dalam program ‘Walkabout promosi tempat makan sebagai kawasan larangan merokok’ hari ini.
Dr Dzulkefly antara beberapa individu yang meninggalkan Pas dan membentuk Amanah yang kini bekerjasama dengan DAP, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah Putrajaya.
Selain Dzulkefly, Mohamad Sabu yang mengetuai gerakan itu dan kini memegang jawatan Menteri Pertahanan, selain Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Khalid Samad (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama).
Gelaran itu didakwa diberikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika parti itu berpecah kepada dua pada 2015.
Pada Ahad lalu, perwakilan Bersatu mengusulkan agar Dr Mahathir diberikan tempoh menerajui jawatab Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) akan datang.
Bagaimanapun, Dr Mahathir yang sedar akan desakan itu berkata, beliau hanya memegang jawatan itu untuk sementara waktu sahaja sebelum PH melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Saya sedar tentang desakan supaya kita terus mengadakan PM tua ini lebih lama, tetapi pada satu ketika dahulu kita adalah pembangkang.
“Tidak seronok kita dengar, tapi kita nak jatuhkan Najib saya perlu korban dan terima syarat itu kerana bukan keutamaan jadi PM tapi menjatuhkan (Datuk Seri) Najib,” katanya dalam sesi penggulungan Pengerusi Bersatu di PICC, pada Ahad. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.