Bagaimanapun, setiausaha agung PH, Saifuddin Abdullah mengulangi petang ini bahawa tiada tarikh akhir rasmi yang pernah dipersetujui.
Menteri Luar itu berkata Mahathir dan Anwar sendiri akan menentukan masa yang sesuai untuk peralihan berkenaan.
"[...] Tidak ada garis masa, dalam perjanjian (antara parti komponen PH) kami tidak menyatakan tentang garis masa," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
"Dan sebab kami tidak melakukannya kerana [...] kita tahu Mahathir dan Anwar memahami perkara ini lebih daripada orang lain dalam PH dan mereka boleh membuat keputusan," katanya.
Ditanya sama ada ini bermakna Mahathir boleh kekal sebagai perdana menteri untuk tempoh lima tahun akan datang, Saifuddin berkata PH tidak membincangkan perkara berkenaan.
"Seperti yang saya katakan, sebab kita tidak menetapkan garis masa dalam perjanjian adalah kerana kita menghormati dua pemimpin ini. Mereka akan tahu apa yang terbaik untuk dilakukan,” katanya.
Saifuddin sebelum itu menerima panggilan hormat dari Setiausaha Negara UK untuk Hal Ehwal Luar dan Komanwel Jeremy Hunt.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.