Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Menteri
Industri Utama Teresa Kok mengenai dakwaan pentadbiran BN sebelum ini
telah memaksa Lembaga Getah Malaysia menjual 2,800 ekar tanahnya dengan
harga di bawah pasaran.
"Teresa Kok mendakwa Lembaga
Getah Malaysia (LGM) milik kerajaan telah rugi RM780 juta kerana Aset
Tanah Nasional Berhad yang juga milik kerajaan telah untung RM780 juta
apabila menjual tanah itu dua tahun kemudian kepada KWSP.
Pada hantaran Facebook terdahulu hari ini Najib berkata urus
niaga yang melibatkan dua agensi kerajaan itu mengumpul berbilion
ringgit keuntungan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
"Syarikat Kwasa Land pula ialah syarikat milik penuh KWSP dan telah mula memajukan tanah itu untuk membina pusat bandar baru termasuk kediaman untuk 150,000 orang dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM50 bilion," kata Najib yang juga bekas menteri kewangan.
Tuduh BN paksa kerajaan jual tanah
Terdahulu
hari ini, Kok mendakwa MRB 'terdapat kekurangan' sebanyak RM800 juta
selepas dipaksa menjual 2,800 ekar tanahnya pada Oktober 2010 dengan
harga di bawah pasaran kira-kira RM2.28 bilion pada 2012.
Memetik harga jualan RM2.28 bilion itu, Najib berkata berbagai analisis pasaran pada ketika itu menilai penjualan langsung pada harga RM18.70 sekaki kepada Kwasa Land sebagai berpatutan.
Menjelaskan lanjut, Najib berkata rakyat hari ini dapat mengenal pasti kawasan itu sebagai Kwasa Damansara, sebuah pembangunan hartanah baru yang melibatkan stesen MRT.
Beliau memaklumkan kawasan itu terletak di dalam parlimen Subang yang menjadi sebahagian daripada Perancangan Strategik untuk Pembangunan Wilayah (Greater Kuala Lumpur Strategic Development Project) di bawah Rancangan Malaysia ke-10.
Payung pokok getah, duta sawit
"Begitu kejamnya kerajaan BN dahulu untuk menjalankan projek pembangunan seperti diumum di dalam RMK-10 itu," sindir Najib.
Bekas presiden Umno itu juga menggesa Kok untuk menumpukan nasib pekebun getah dan kelapa sawit.
"Adakah Teresa Kok tidak ada kerja lain seperti memelihara nasib pekebun ataupun menaikkan harga sawit dan menubuhkan kelab kelapa sawit?
"Kalau macam ini, saya rasa mungkin lebih baik untuk beliau fokus kembali kepada rancangan payung pokok getah dan duta sawit dia," katanya.
Pada sidang akhbar di kementeriannya hari ini, Kok turut mendedahkan kabinet pada 2010 telah mengarahkan MRB untuk menggunakan RM1.5 bilion yang diterima daripada penjualan tanah tersebut untuk membangunkan baki tanah seluas 585 ekar.
Bagaimanapun, rancangan untuk membangunkan lima binaan di sana telah dibatalkan oleh lembaga pengarah terdahulu pada Februari 2018 selepas ia mendapati cuma lima peratus sahaja projek pembinaan yang siap selepas enam tahun.
LIHAT FB DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.