SELEPAS banyak cadangan
YB Senator Husam Musa tidak dipedulikan kerajaan, antaranya sumbu jimat
minyak, penubuhan Majlis Tindakan dan Pembangunan Negeri Kelantan dan
teknologi perubatan ganja, kini beliau cuba mencari publisiti baru
dengan menyerang kerjasama politik PAS dan Umno yang dilihat membuahkan
hasil di PRK Cameron Highlands.
Kerjasama politik PAS dan Umno bermula
selepas PRU ke-14. Kerjasama terjalin disebabkan kelemahan besar Pakatan
Harapan (PH) mengemudi negara termasuk gagal melunaskan janji manifesto
yang ditaburkan kepada rakyat.
Banyak
penipuan dan pengkhianatan yang berlaku. Oleh sebab itu, satu koalisi
pembangkang yang kuat perlu ditampilkan bagi mengimbangi kemaruk kuasa
PH.
Kerjasama kedua-dua parti juga terpaksa
dilakukan ekoran pengaruh DAP cukup besar dalam PH sehingga membawa
agenda yang merugikan Islam dan umat Islam di Malaysia.
Bermula dengan percaturan dalam jawatan
penting negara, penggunaan tulisan Cina dalam urusan rasmi dan papan
tanda, ketidakadilan dalam peruntukan belanjawan, pengiktirafan UEC,
tuntutan hak milik tanah di Perak, agenda LGBT serta ICERD, dan pelbagai
lagi.
Maka, kerjasama politik PAS dan Umno perlu diperkukuhkan supaya kepentingan Islam dan Melayu terbela.
Adakah PAN boleh memainkan peranan ini? Jawabnya, tidak.
Dalam setiap kerjasama politik semasa
yang dijalinkan oleh PAS, garis panduan telah diwujudkan. Husam Musa
tidak tahu perbincangan dalaman parti sebab beliau bukan lagi ahli PAS.
Sejarah panjang PAS menyaksikan pelbagai
wajah kerjasama politik telah dilaksanakan, menggarap tindakan demi
kepentingan Islam dan perjuangannya.
Alhamdulillah, sepanjang itu juga,
perkiraan strategi dan rencana pendekatan PAS sering menjadikan PAS
lebih diterima oleh masyarakat.
Tanpa menafikan ada yang meninggalkan
PAS, namun 10 orang pergi meninggalkan PAS, Alhamdulillah 1,000 orang
pula datang menyertai PAS.
PAS Terus Konsisten Dengan Prinsip Perjuangannya
*Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.