OLEH ZAREEF MUZAMMIL
SHAH
ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka kaunter perkhidmatan
tujuh hari seminggu termasuk hujung minggu dan cuti umum, di kesemua 27
cawangan sepanjang Disember ini.
Jurucakap LZS menerusi kenyataan
memaklumkan, waktu operasi di seluruh cawangan itu bermula jam 8.30
pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, manakala bagi Sabtu, Ahad dan
cuti umum dibuka dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Katanya, waktu operasi terbabit juga dilanjutkan sehingga jam 8 malam bermula 28 hingga 31 Disember ini.
“Inisiatif ini diambil bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat mereka sebelum berakhir tahun 2018.
“Selain
taksiran zakat harta, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan
runding cara zakat, bayaran zakat dan melaksanakan urusan permohonan
agihan zakat,” katanya.
Kenyataan sama turut menyebut,
perkhidmatan pembayaran zakat menerusi kad kredit Islamik dan kad debit
juga disediakan di seluruh cawangan berkenaan.
“Lebih menarik,
semua pengeluar zakat melalui 27 Cawangan Zakat Selangor ini berpeluang
memenangi hadiah istimewa melalui e-cabutan iaitu sebuah tablet, sebuah
telefon pintar dan hadiah saguhati iaitu kad Touch & Go.
“Orang ramai harus merebut peluang sebelum 31 Disember bagi melayakkan mereka mendapat rebat cukai pendapatan,” katanya.
Bagi mereka yang mahu menunaikan zakat secara dalam talian, boleh melayari laman sesawang di https://fpx.zakatselangor.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.