SELANGOR KINI
JAKARTA: Jumlah korban tsunami di pantai Selat Sunda sehingga petang
ini, meningkat kepada sekurang-kurangnya 429 orang manakala lebih 1,485
cedera.
Portal berita Indonesia, termasuk CNBC Indonesia dan Detik
News, melaporkan jurucakap agensi pengurusan bencana Indonesia, Sutopo
Purwo Nugroho, berkata 154 lagi masih hilang akibat tsunami yang berlaku
hasil aktiviti gunung berapi Anak Krakatau malam Sabtu lalu.
“Sehingga kini, 1,485 orang cedera sementara 128 masih hilang,” kata Sutopo dalam kenyataan kepada media di sini.
Liputan6
melaporkan, Sutopo berkata, maklumat terbaru bencana itu menunjukkan
882 rumah musnah atau rosak teruk, selain 73 hotel, kedai (60 unit),
sampan dan kapal (434 unit).SUMBER: AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.