Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Ketuanan syarak tonggak negara Islam, bukan ketuanan rakyat
KUALA LUMPUR
– Ketuanan syarak adalah tonggak bagi sesebuah pemerintahan dan negara
Islam, tegas Ketua Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban
Ummah, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.
Beliau
berkata, ketuanan syarak memainkan peranan penting sebagai kuasa
tertinggi dalam proses membuat keputusan pentadbiran serta penetapan
undang-undang dalam sesebuah negara.
Bagaimanapun,
ianya hanya dapat dilaksanakan jika kuasa berada di tangan orang Islam,
sekurang-kurangnya dalam keadaan dominan, sekali pun tidak penuh.
“Terdapat
tiga pihak dalam konsep ketuanan syarak, iaitu rakyat, pemimpin dan
syarak. Rakyat memilih pemimpin, kemudian pemimpin kena ikut kehendak
syarak.
“Dalam
konteks negara kita, walaupun Perlembagaan tidak disebut secara jelas
bahawa undang-undang syarak adalah yang tertinggi, namun, jika mengikut
Perkara 3 dan juga perkara lain, Malaysia adalah negara Islam.
“Jadi,
terpulang kepada umat Islam dalam negara ini untuk bertuankan syarak.
Kalau benar-benar mempertuankan syarak maka ia menepati Perkara 3,
tetapi ia hanya akan tinggal atas kertas sahaja kalau tidak diamalkan,”
katanya ketika membentangkan kerja bertajuk Konsep Kenegaraan: Antara
Islam dan Liberalisme di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini,
hari ini.
Berbeza dengan negara Barat, katanya, konsep ketuanan yang diamalkan mereka sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
“Pada
asalnya Zaman Gelap, ketuanan mereka adalah kepada gereja dan raja,
tetapi kini berubah kepada rakyat, mereka mengamalkan ketuanan rakyat,
tetapi sebab ramai, maka dilantik pemerintah.
“Jadi tiada
siapa yang dominan. Mereka sentiasa ada masalah. Pemimpin kena tunduk
kepada rakyat. Mereka pening kepala sampai sekarang,” katanya.
Malangnya,
dalam suasana Malaysia, Ustaz Hazizi berkata, ramai di kalangan Islamis
mengangkat ketuanan rakyat tanpa memahami maksud sebenar.
“Ketuanan
rakyat mengangkat kehendak manusia itu adalah tuan. Itu yang berlaku
pada hari ini. Walaupun negara kita majoriti muslim tetapi suara
songsang diraikan.
“Sebabnya,
fahaman liberal telah diraikan dalam negara. Itu penyakit yang mula
dijangkiti dalam pemikiran pemimpin kita pada hari ini,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.