Oleh Siti Fatimah Ishak
Empat negeri belum gubal enakmen menghalang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam tidak hormat undang-undang
KUALA LUMPUR
– “Empat negeri tidak hormat undang-undang. Sudah 60 tahun merdeka,
tapi masih belum melaksanakan enakmen kawalan dan sekatan penyebaran
agama lain kepada orang Islam.”
Demikian
tegas Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz dalam forum
khas bertajuk ‘Malaysia Negara Islam: Wilayah Yang Wajib Dipertahankan’
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Negeri-negeri berkenaan ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Beliau
yang juga Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
mengakui 10 negeri lain sudah melaksanakan enakmen menghalang
pengembangan agama bukan Islam atau sesuatu doktrin kepada orang Islam
selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Namun katanya, negeri-negeri berkenaan tidak mempraktikkan peruntukan seperti yang termaktub.
“Saya
fikir ia juga ibarat pencemaran terhadap Perlembagaan. Sedangkan ada
kegiatan penyebaran agama dan ajaran lain terhadap Islam. Baru-baru ini,
pengedaran risalah Kristian di Kedah. Itulah sebab pentingnya enakmen
itu.
“Negeri
Selangor negeri pertama laksana Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan
pengembangan di kalangan orang Islam) pada 1988. Sudah 30 tahun lebih
tapi baru sekali pelaksanaannya,” katanya.
Mengulas
mengenai dakwaan mengatakan Malaysia negara Islam atau sekular, Prof
Shamrahayu berkata, hakikatnya ini memang negara Islam.
“Malaysia
negara beragama dan Islam adalah agamanya. Islam tak pernah hilang di
muka bumi ini. Justeru, pelaksanaan dan dasar Islam itu mesti
diteruskan.
“Ingat,
sudah tidak ada masa untuk kita berdebat ini negara sekular kerana telah
terbukti ini negara Islam. Jangan lagi ragu-ragu untuk sebut Malaysia
negara Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.