Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih ramai individu akan menghadapi pertuduhan bagi kesalahan yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Bercakap mengenai tuduhan rasuah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, beliau berkata akan ada ramai lagi menyusul.
“Apa yang kita lihat hari ini adalah tuduhan terhadap beberapa individu tetapi ada ramai lagi.
Bagaimanapun, kita tidak boleh menghadapkan kesemua mereka di mahkamah secara sekali gus.
“Kita perlu lakukannya satu persatu dan yang paling serius adalah bekas Perdana Menteri (Najib),” katanya.
Tambah Dr Mahathir, Malaysia merana hampir sembilan tahun di bawah pentadbiran BN kerana kerajaan terdahulu nampaknya tidak mempedulikan rakyat.
“Ia (kerajaan terdahulu) melakukan banyak kesalahan dan apabila anda melanggar undang-undang, maka anda perlu menghadapi akibatnya,” katanya.
Tambah beliau, ia adalah antara tindakan yang dilakukan kerajaan sekarang bagi menyelesaikan isu yang berpunca daripada kerajaan BN terdahulu. Perdana Menteri berkata demikian ketika perjumpaan dengan Dewan Perdagangan Malaysia-Thailand (MTCC) di Bangkok, pada Khamis.
Mohd Irwan dan Najib secara bersama dituduh melakukan pecah amanah membabitkan RM1.2 bilion, RM655 juta, RM220 juta, RM1.3 bilion, RMB1.95 bilion (RM1.261 bilion) and RM2 bilion.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.