Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk memajukan teknologi
penghasilan benih sayur-sayuran sebagai satu langkah memajukan lagi
sektor pertanian di negara ini.
Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, usaha itu dijangkak dapat mengurangkan kebergantungan benih import, selain mendapatkan benih dengan harga yang lebih rendah dan berkualiti.
“Kita akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Mardi dan beberapa jabatan lain supaya teknologi penghasilan benih dapat dihasilkan,” katanya kepada media selepas engadakan lawatan kerja di Projek Usahawantani Bukit Damar, Sepang hari ini.
Salehhudin menjelaskan, buat masa ini sektor pertanian menggunakan hampir 90 peratus benih import sayur-sayuran.
“Walaupun bukan dalam jangka masa terdekat, tapi kita akan mulakan segera,” katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata beberapa intensif akan diberikan kementerian itu kepada petani-petani yang menjalankan projek tanaman pelbagai jenis sayuran di atas 50 ekar rizab Tenaga Nasional Berhad (TNB)di kawasan itu.
Hasil dialog, kita mengetahui mengenai potensi dan halangan yang dihadapi petani di sini dan kementerian kementerian akan fikirkan beberapa insentif yang harus diberikan supaya kumpulan ini terus berkembang,” katanya.
Katanya antara insentif berkenaan termasuk untuk meningkatkan latihan dan teknologi baru dalam sektor pertanian.
“Saya akan pastikan modul dalam latihan kepada petani sentiasa terkehadapan. Kecekapan dan kemahiran petani juga perlu dipertingkatkan,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.