Selasa, 26 Jun 2018

Ahmad Said buat laporan SPRM terhadap 1MDB

MALAYSIAKINI

   

Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said membuat laporan terhadap 1MDB di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber SPRM, ADUN Kijal itu kini sedang memberi keterangan dan dijangka membuat sidang media tengah hari nanti.

Tiga tahun lalu, Ahmad mendedahkan pendahulu 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), cuba menggunakan aset minyak Terengganu sebagai cagaran pada 2008.

Setahun kemudian, kerajaan pusat mengambil alih TIA dan menukar namanya kepada 1MDB.

Beliau mendedahkan ekoran pelbagai masalah, pentadbiran negeri pimpinannya menarik diri daripada TIA dan mencetuskan kemarahan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, Terengganu tidak menanggung apa-apa kerugian dan berjaya mendapatkan semula modalnya berjumlah RM1 juta.

Ahmad disingkirkan daripada jawatan itu pada 2014. Beliau mengumumkan keluar Umno tetapi menarik balik keputusan itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.