ISMAWEB
Jamal Yunus dilaporkan berada di Tanjung Balai selepas lari dari Ampang
KAJANG
– Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa
Indonesia bagi mengesan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dipercayai telah
melarikan diri ke sebuah kepulauan di negara jiran itu.
Akhbar
tempatan hari ini melaporkan Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai
Besar dipercayai sudah meloloskan diri ke Tanjung Balai, Karimun Besar,
Indonesia, dua hari selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di
sini, Jumaat lalu.
Menteri
Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PDRM sedang
mempergiatkan usaha bagi mengesan seterusnya membawa Jamal pulang semula
ke negara ini.
“Saya
meminta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau yang katanya dia berada
di Indonesia… jadi kita akan minta bekerjasama dengan pihak polis di
sana mencarinya untuk membawa ke sini.
“Apa-apa
pun, kalau dia ada apa-apa kesalahan yang dilakukan saya serahkan kepada
polis untuk mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas
Program Penerapan Nilai Murni Bulan Ramadan di Masjid Jabatan Penjara
Kajang di sini, hari ini.
Terdahulu,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC, Fadzil Ahmat mengesahkan
PDRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jamal dan usaha bagi
mengesannya diperhebatkan.
Ini
selepas Jamal masih gagal memberikan respons sepatutnya, walaupun telah
diberikan masa yang cukup untuk memberi kerjasama dalam semua siasatan
dan prosedur yang sedang dijalankan.
Semalam,
Jamal menerusi satu rakaman video berdurasi hampir lapan minit yang
diedarkan kepada media mendakwa terdapat usaha terancang oleh
pihak-pihak tertentu yang berkuasa mengarahkan pihak polis untuk
mengenakannya dalam apa jua keadaan, walaupun pihak polis memberi
jaminan bahawa dia cuma diperlukan untuk melengkapkan dokumentasi
jaminan polis.
Pada Jumaat lepas, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri.
Kehilangan
Jamal dikatakan disedari oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam
yang menguruskan proses ikat jaminnya kira-kira jam 5.30 petang. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.