ISMAWEB
BANGI
– Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai
Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd (Khazanah Nasional)
berkuat kuasa serta-merta.
Khazanah
Nasional dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan bahawa bekas
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, turut
meletak jawatan sebagai pengarah berkuat kuasa semalam dan 23 Mei lalu.
Kenyataan
itu dibuat selepas beberapa jam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
membayangkan bahawa Najib serta pemegang jawatan lantikan politik dalam
Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, sepatutnya meletak jawatan.
“Sangat
sesuai dan wajar buat mereka melakukan perkara yang betul, mereka harus
tahu apa yang perlu dilakukan. Semakin cepat semakin baik,” kata Guan
Eng pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Peletakan
jawatan itu adalah susulan perubahan dalam kepemimpinan Kerajaan
Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH)
yang menang Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu.
Khazanah
adalah sayap pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk
memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan melaksanakan
pelaburan strategik.
Syarikat
itu terbabit dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi,
institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur,
pelancongan, hartanah, kreatif dan media, pendidikan serta inovasi dan
teknologi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.