ISMA WEB
Wang, barang kemas dari kediaman bekas PM disimpan di Bank Negara
KUALA LUMPUR
– Bukit Aman akan memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan
berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar
Singh berkata, kedua-duanya akan dipanggil secepat mungkin untuk disoal
siasat, tetapi pihaknya akan memanggil individu lain terlebih dahulu.
Memberitahu
sidang media di sini hari ini, beliau berkata, pasangan yang dikatakan
‘pemberi hadiah’ juga akan dipanggil untuk soal siasat.
“Setakat
ini, kami telah merekodkan lebih 30 kenyataan berhubung siasatan itu,”
katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Menyatakan
bahawa beliau tidak tahu mengenai khabar angin mengatakan bekas Perdana
Menteri ‘ditangkap’ semalam, Amar Singh berkata, setakat ini polis
tidak melakukan apa-apa tangkapan.
Terdahulu,
beliau mendedahkan jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di
kediaman Najib adalah antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.
Katanya,
polis mengambil masa 36 hari, termasuk ketika cuti Aidilfitri, untuk
mengira dan menilai barang rampasan itu bermula 21 Mei hingga 25 Jun
lalu.
Mengulas
rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia setakat ini, Amar Singh
berkata, pengiraan dan pemeriksaan teliti mengambil masa yang lama
kerana jumlah barangan yang dirampas terlalu banyak dan memerlukan
pengesahan pakar.
“Lapan pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan membabitkan 150 anggota,” katanya.
Beliau berkata, semua barang kemas dan wang yang dirampas itu kini disimpan di Bank Negara.
Katanya, polis juga menemui pelbagai dokumen di premis di Putrajaya dan masih menyiasat kaitannya dengan skandal 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.