PUTRAJAYA – Kementerian
Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelantikan Masyati Abang Ibrahim sebagai
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang
baharu berkuat kuasa 23 Mei lepas.
Ketua
Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini
berkata Masyati menggantikan Surayati Ibrahim yang telah bertukar ke
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei lalu.
Masyati
merupakan Perunding Kanan di Bahagian Transformasi Sektor Awam JPA
sebelum dilantik ke jawatan itu dan berpengalaman luas dalam bidang
pentadbiran dan pengurusan, katanya.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.