Undur diri di cawangan, peringkat bahagian akan diaturkan selepas ini
KEMAMAN
– Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
mengumumkan meletak jawatan sebagai ketua UMNO cawangan Gong Chengal,
semalam.
Kini jawatan tersebut dipangku timbalannya, Datuk Mustaffa Ab Rahman.
Ahmad Shabery yang
juga bekas Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani itu berkata,
peletakan jawatan itu adalah bagi memberi peluang golongan muda
menerajui UMNO cawangan itu seterusnya membuka ruang kepada mereka
menjadi pelapis untuk mengambil alih kepimpinan parti.
“Saya sendiri sebagai ketua cawangan berundur diri dan kita telah membina barisan pelapis untuk mengambil alih.
“Saya sendiri sebagai ketua cawangan berundur diri dan kita telah membina barisan pelapis untuk mengambil alih.
“Buat
sementara waktu timbalan yang akan memimpin tetapi naib timbalan kita
beri pada orang muda… Kita nak lihat lebih ramai wajah-wajah muda di
peringkat kampung, (memimpin parti),” katanya.
Menurut
Ahmad Shabery, beliau mengundurkan diri pada peringkat cawangan dahulu
manakala di peringkat bahagian pula akan diaturkan kemudian.
“Sekarang
ini cawangan dahulu… peringkat bahagian saya akan atur selepas ini dan
sebenarnya jawatan saya sebagai timbalan bahagian juga akan diambil alih
orang lain,” katanya.
Mengulas
mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke -14 yang lalu, Ahmad Shabery
berkata UMNO perlu melihat secara serius masalah pengundi-pengundi muda
di saluran tiga dan empat bukan sahaja sahaja diperingkat atasan tetapi
juga diperingkat bawahan.
“Majoriti
ketua-ketua yang menjaga pusat daerah mengundi cawangan dan sebagainya
kami perhatikan adalah orang yang sama sejak 20 hingga 30 tahun yang
lalu.Bukan mereka ini tidak ada peranannya dan bukan tidak ada jasa
sebagainya tetapi untuk memahami dan diterima golongan muda yang mana
dari segi bahasa lenggoknya sudah berbeza.
“Sebab itu
kita katakan bahawa perlu ada perubahan secara serius diadakan di semua
peringkat bagi memastikan bahawa kepimpinan di peringkat akar umbi
perlu di ambil dikalangan orang muda,“ katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.