Khamis, 1 Mac 2018

Umno tangguh pemilihan: RoS tidak boleh melangkaui perlembagaan mana-mana parti,kata Muhyiddin



Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu menjelaskan sama ada benar jabatan itu melanjutkan tempoh pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan Umno sehingga melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan pada 19 April 2019.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sekiranya, benar RoS memberi kebenaran mesyuarat setiap peringkat Umno boleh diadakan sehingga tarikh tersebut ia menunjukkan Ros melanggari perlembagaan Umno itu sendiri.

“Jika sampai April depan tidak ada apa-apa pemilihan dibuat oleh Umno, apakah status ahli Umno yang memegang jawatan dalam tempoh sebelum ini dan bagaimana status pertubuhan Umno itu sendiri.

“Ini bermakna 21,000 cawangan, 191 bahagian dan semua Ahli Majlis Tertinggi Umno sudah melanggar Fasal 10.16 Perlembagaan Umno yang hanya memberikan penangguhan tidak boleh lebih dariada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan,” ujarnya dalam sidang media diadakan selepas memperkenalkan kemasukan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan menyertai secara rasmi parti itu hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh, jika mengikut akta pertubuhan, RoS  sepatutnya Umno  akan mengadakan pemilihan pada 19 April 2018  dan RoS tidak mempunyai kuasa melanjutkan tempoh untuk mengadakan pemilihan di setiap peringkat melebihi yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika apa yang dikatakan Setiausaha Agun Umno  mendapat kebenaran RoS untuk menangguhkan mesyuarat pemilihan kepada 19 April 2019, adakah RoS mempunyai kuasa melanjutkan tempoh setahun lagi?

“Setahu saya RoS yang bertanggungjawab menguruskan pertubuhan tidak boleh melangkau perlembagaan sesebuah parti.

“Jika benar Setiausaha Agung kata sudah mendapat kebenaran RoS atau secara rasmi RoS telah membenarkannya (lanjutan tempoh masa). Ros perlu jawab,” ujarnya yang merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan dalam kenyataannya pada Selasa dipetik berkata Penangguhan Pemilihan Umno yang telah diputuskan sebelum ini akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.

Kelulusan penangguhan pemilihan tersebut merujuk kepada Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftar Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh/waktu pemilihan Pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat.

Bagaimanapun ia jelas bertentangan dengan Fasa 10.16 Perlembagaan Umno memperuntukkan ‘Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertingi,Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemlihan yang sepatutnya ia diadakan.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh ini lagi, persoalan mengenai pemilihan parti ini berbangkit kerana beliau ketika itu berada dalam barisan kepimpinan majlis tertinggi.

“Saya ketika itu ada dalam Umno lagi. Ini kerana masa yang ada hanya pada bulan Apri 2018 sepatutnya semua peringkat pemilihan sudah bersidang.

“Tetapi dengan alasan dengan  untuk memberi fokus kepada pilian raya agak penting daripada mereka membuat pemilihan parti.

“Sepatutnya pilihan raya diadakan pada 2017 sekarang dah masuk 2018 dan saya nak tanya sah lagi ke semua jawatan ahli dalam parti ada sekarang,” soalnya lagi sambil menunjukkan buku Perlembagaan Umno ditangannya kepada media.

Menurut Muhyiddin lagi, Ros tidak berlaku adil dalam menangi isu berkaitan perlembagaan parti.
“Kita nak pulangkan batu buah keras kepada Umno dan RoS.

“Ketika diawal dulu nak selesaikan PPBM kita terima arahan RoS kena kut perlembagaan mesti ada mesyuarat agung tahunan. Itu yang kita buat.

“Padahal kami tidak sama dengan Umno kami tidak minta 18 bulan hanya minta lanjut sedikit masa sahaja kerana di peringkat bahagian PPBM masih belum cukup tempoh seetahun penubuhannya dan cawangan -cawangan masih belum ditubuhkan.

“Malangnya RoS dalam surat bertarikh 28 Julai 2017, menolak permohonan PPBM dan menasihatkan PPBM supaya melasanakan mesyuarat agung tahunan parti mengikut tempoh yang ditetapkan oleh perlembagaan.

“Ini bermakna walaupun struktur PPBM masih belum lengkap sepenuhnya, PPBM mesti melaksanakan Perhimpunan Agung Tahunan pada 2017 lalu,” ujarnya.

Bersatu telah mengadakan mesyuarat agung pertamanya pada 30 Disember lalu. Bagaimanapun RoS didakwa masih membuat ugutan kononnya parti itu melanggar perlembagaan kerana tidak mengadakan persidangan Bahagian dan Cawangan dan pendaftaran Bersatu boleh dibatalkan.

“Kenapa ada satu layanan di lihat berbeza dalam satu pertubuhan politik seperti umno dan PPBM,” soalnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.