OLEH SABIRAH AZIZ
SHAH
ALAM: Penerima bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)
dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000 golongan ibu di Selangor dengan
peruntukan sebanyak RM96 juta.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri
Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri menyedari penerimaan luar
biasa program itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan
ibu di negeri ini.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk mengumumkan bilangan penerima KISS dinaikkan daripada 30,000 kepada 40,000.
“Dengan
peruntukan awal sebanyak RM72 juta setahun, sejumlah RM4.3 juta telah
dibelanjakan peserta KISS secara tanpa tunai (cashless) dilebih dari 300
kedai dan pasaraya panel KISS berdaftar di seluruh Selangor,” katanya
dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Beliau
berkata, sehingga 21 Mac lalu, sejumlah 27,923 mewakili 93 peratus
penerima layak menerima manfaat berkenaan yang diberikan kepada golongan
ibu yang layak.
Program KISS memberi pengiktirafan terhadap
peranan dan pengorbanan ibu sebagai tonggak pembangunan institusi
keluarga dan masyarakat.
Melalui program itu, golongan ibu yang
layak bakal menerima insentif berjumlah RM2,400 setahun atau RM200
sebulan untuk membeli keperluan asas bulanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.