OLEH SYAZWANI SUFIAN
SHAH ALAM: Selangor mencatat negeri ketiga tertinggi purata pendapatan bulanan purata dengan kadar RM2,362.
Exco
Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan,
Amirudin Shari berkata, untuk rekod Selangor merupakan antara lima
negeri terbaik yang mempunyai kadar pengangguran terendah.
“Selangor mencatatkan kadar pengangguran pada 8.8 peratus.
“Manakala
berbeza dengan kadar purata pendapatan negara, mencatatkan sebanyak
RM2,463 pada 2016,” katanya ketika menjawab soalan lisan ADN Teratai,
Tiew Way Keng di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
Amirudin
berkata, bagi mengekalkan Selangor terus menjadi negeri terbaik dan
mampu memberikan pendapatan dan mengukuhkan ekonomi, beberapa langkah
telah dilaksanakan.
Ia untuk memastikan generasi muda bukan hanya
tertumpu kepada peluang pekerjaan tetapi pendapatan mereka seimbang dan
setanding dengan ekonomi semasa.
“Antaranya pelaksanaan Inisiatif
Kemahiran Teknikal dan Iktisass Smart Selangor (IKTISASS) di bawah
kelolaan Jawatankusa Tetap Pendidikan, Pembanginan Modal Insan, Sains,
Teknologi dan Inovasi yang memberi tumpuan kepada teknikal dan
vokasional.
“Perkara ini kita jangkakan dapat menambah ruang
pekerjaan yang berkemahiran kepada golongan muda dengan memberi tumpuan
kepada aspek pelaburan yang dalam bidang aeroangkasa, perkhidmatan dan
pengilangan,” katanya.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga memberi
tumpuan kepada program keusahawanan melalui program Hijrah Selangor
dengan kerjasama agensi lain.
Tambahnya lagi, pelaksanaan Majlis
Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) dengan Kerajaan Negeri
telah memperkenalkan Program ‘Online 100’ bagi membantu peniaga meneroka
pasaran perdagangan elektronik (e-dagang).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.