PERNAH dengar istilah ‘Like Father Like Son’ atau yang jika diterjemahkan bererti seperti ayah maka begitulah anaknya? Pasti pernah.
Istilah itu biasanya dipakai untuk menggambarkan persamaan anak dengan ayah mereka.
Mungkin itu gambaran sesuai bagi menggambarkan persamaan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Rakyat pasti tahu cita-cita dan hasrat Mahathir yang mahu Mukhriz menjadi sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu sebelum ini turut didedahkan
oleh bekas Pegawai khas kepada Mukhriz ketika menjadi Menteri Besar
bahawa menyokong Mukhriz bermakna bukan berjuang untuk agama dan bangsa
sebaliknya hanya memperjuangankan kehendak peribadi Mukhriz yang sama
dengan kehendak ayahnya iaitu menjadikan Mukhriz Perdana Menteri.
Haris Che Mat turut menjelaskan bahawa
sepatutnya Mukhriz bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO
terlebih dahulu kerana telah tewas ketika bertanding untuk jawatan Ketua
Pemuda.
Namun tidak diendahkan, sebaliknya terus bertanding jawatan Naib Presiden dan ternyata kalah.
Setelah tewas dan gagal mendapat jawatan
Naib Presiden, Mahathir mula menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri
Najib Tun Razak pula.
Sememangnya tabiat lazim Mahathir di mana semua orang salah melainkan dirinya sahaja yang betul.
Siapa tidak mengenali Mahathir malah
Mahathir sendiri mengakui beliau merupakan seorang diktator sewaktu
menjadi Perdana Menteri dahulu.
Apabila merujuk kepada diktator, kebiasaannya pemerintahan yang diamalkan adalah bercorak kuku besi.
Kuku besi bermaksud, sifat ghairah mencengkam manusia supaya menuruti segala kemahuannya.
Golongan kuku besi ini benci mendengar nasihat dan pandangan.
Bukankah itu dilaksanakan Mahathir sewaktu beliau berkuasa dulu?
Baru-baru ini kecoh apabila Mukhriz
mengancam memecat semua pegawai tertinggi kerajaan dalam masa 30 hari
selepas Pakatan Harapan (PH) berkuasa jika menang Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14).
Mukhriz yang juga Naib Presiden PH
berkata, langkah memecat pejawat awam yang tidak sehaluan dengan
pembangkang selama ini merupakan perubahan pertama dilakukan sekiranya
berjaya mengambil alih kerajaan.
Wajarkah kenyataan yang dibuat oleh Mukhriz itu?
PH daripada awal lagi telah memberi amaran kepada penjawat awam yang mereka akan dipecat sekiranya pembangkang berkuasa.
Wakil Rakyat DAP, Tony Pua sendiri
menyifatkan penjawat awam di Malaysia terlalu ramai dan sekiranya
pembangkang berkuasa, mereka akan adakan ‘Projek Khas Mengurangkan
Kakitangan Awam’.
Tuduhan Mukhriz bahawa pegawai tinggi kerajaan melindungi Najib adalah fitnah semata-mata.
Ini kerana pegawai tinggi kerajaan
sekarang tidak dipaksa berpolitik oleh Najib seperti yang dilakukan
Mahathir ketika memerintah negara suatu ketika dahulu.
Berbeza dengan zaman Mahathir, sesiapa
yang tidak sehaluan akan diarah letak jawatan supaya terlihat mereka
yang sukarela meletak jawatan dan bukan dizalimi.
Jika diingat, Mahathir sewaktu
memerintah dahulu mencetuskan kontroversi besar kerana memecat Ketua
Hakim Negara, Tun Salleh Abas.
Kalau Mukhriz lupa, pemecatan Salleh bersama beberapa hakim masih dianggap sebagai detik hitam dalam sejarah perundangan negara.
Walaupun lebih tiga dekad berlalu, kisah tersebut masih belum dapat dipadam dan sentiasa diulang.
Adakah perkara itu cuba dikembalikan oleh Mukhriz jika PH berkuasa?
Belum pun menang PRU-14, Mukhriz telah
terang-terangan membuktikan pemerintahan pembangkang adalah bersifat
diktator. Sesiapa yang tidak sehaluan akan dibuang.
Jika pembangkang memerintah, tiada lagi
istilah demokrasi dan bebas bersuara seperti yang dinikmati oleh semua
rakyat Malaysia ketika ini.
Mungkinkah Malaysia akan kembali ke zaman pemerintahan diktator?
Adakah ini yang diinginkan oleh rakyat? Sudah tentu tidak.
Jadi, tepuk dada tanya selera. Kalau tetap rasa mahu, undi sahaja mereka pada PRU akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.